Lompat ke isi kandungan

UFB jawab Dr Maza: iLMU menyesatkan ilmuwan Islam lain?

Januari 24, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

dr maza ilmu sesatkan ulamaSoalan: Ada seorang tokoh ilmuwan di Malaysia mengatakan iLMU suka menyesatkan ilmuwan Islam yang lain. Apa komen ustaz?

Jawapan:

Siapa yang kami sesatkan batang tubuhnya? Dia kena bezakan di antara kita mengkritik ideologi atau pemikiran yang dibawa dengan berbicara tentang batang tubuh orang tersebut. Contohnya, saya tidak bersetuju dengan cara yang dibawa oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berfikir di dalam beberapa hal. Contohnya di dalam hal demonstrasi. Dia di antara tokoh yang membangkitkan semangat rakyat di Mesir untuk bangkit menjatuhkan pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak.

Walaupun Hosni Mubarak ini dikatakan zalim, makan duit rakyat –wallaahua’lam tentang hal itu kerana kita tidak melihatnya dengan mata kepala kita- tetapi adakah Islam mengajar kita cara berdemonstrasi sehingga pada hari ini ia telah menjadi budaya di Mesir. Pada hari ini, kerajaan yang baru naik, kerajaan Morsi yang belum sempat memerintah, tidak sampai 6 bulan rakyat di sana sudah membuat demonstrasi menyuruhnya turun.

Mengapa hal ini terjadi, kerana ia telah menjadi budaya. Kalau kita bawa penyakit ini di sini, akan jadi huru haralah negara kita. Jika diganti dengan pemerintah baru sekalipun, tidak sampai beberapa minggu rakyat akan membuat demonstrasi menyuruh turun.

Hal ini adalah penyakit. Maka saya tidak bersetuju pendapat Al-Qaradhawi di dalam bab ini. Al-Qaradhawi di Qatar tidak membuat demonstrasi dan dia tidak mengkritik atau menyuruh Raja Qatar turun. Apa yang dia buat di Qatar? Sebaliknya dia bercakap tentang kaum Muslimin di Mesir. Jadi di dalam bab ini saya tidak bersetuju.

Bahkan ada orang cuba membawa pendapatnya untuk mengharuskan demonstrasi atau rusuhan di negara kita. Dinamakan dengan demonstrasi aman. Apa yang aman? Demonstrasi (tunjuk perasaan tidak puas hati/protes) sifatnya tidak aman. Sejarah telah membuktikan beberapa kali demonstrasi berlaku adakah ianya aman?

Sebab itu prinsip Islam menutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar. Sebab itu Allah memerintahkan supaya “Jangan dekati zina”, bukan “Jangan berzina”. Maksud mendekati zina adalah segala ruang-ruang atau perbuatan yang boleh membawa kita kepada zina, perbuatan itu juga diharamkan maka apatah lagi berzina. Itu kaedah yang Islam bawa.

Apabila kita membuka ruang keburukan dengan membolehkan demonstrasi, kita tidak mampu mengawal lisan-lisan manusia, kita tidak mampu mengawal emosi manusia, dan ini boleh menyebabkan berlaku pergaduhan.

Ini yang berlaku. Kita mengkritik ideologi dan pemikirannya. Tetapi ada orang yang marah dan tidak boleh jika ada orang mengkritik tokoh yang dia sanjung. Dia kritik orang tidak mengapa. Ini satu penyakit. Dia kritik orang itu, dia kritik orang ini, orang itu salah, orang ini salah, itu semua tidak ada masalah baginya, suruh pula orang terima kritikannya. Tetapi apabila ada orang mengkritik tokoh yang dia sanjung, macam belangkas, dia melompat dan tidak boleh duduk.

Jadi saya kira tidak ada isu di sini, kerana kita mengkritik ideologi dan pemikiran, sama seperti kita mengkritik pluralisme, tidak kira siapa pun yang membawa pemikiran tersebut. A’udzubillah, jika saya membawa ideologi pluralisme contohnya, saya juga terbuka untuk dikritik. Kita kena terbuka untuk dinilai dan kita juga harus untuk menilai pendapat-pendapat, bukan dengan cara menghina atau maki hamun, tetapi dengan cara ilmiah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Wallaahua’lam.

Teks berdasarkan petikan rakaman berikut:

From → Akidah & Manhaj

5 Komen
  1. aweng@gmail.com permalink

    apa komen ustaz bila NGO pro UMNO seperti PERKASA,PEKIDA buat demo di penang,di negeri naungan PR.apa pendapat ustaz dalam hal ni?ustaz nama demo yang lawan ustaz buat tapi dalam UMNO sndri demo pun jadi alternatif nak bantah.game.

    • Kami tidak pernah bersetuju dengan mana-mana demonstrasi tidak kira ianya dibuat oleh pihak mana pun. Lihat dan teliti komen dan ulasan kami sebelum ini tentang demonstrasi. Terima kasih.

  2. setuju dengan pendapat ustaz..Islam agama indah dan aman..mudah dan penuh kebaikan..perkara yg membwa kburukan kita wajib tolak ke tepi.. berbeza pendapat dlm ideologi perkara biasa..bahkan mazhab agama kita yg syumul ni pun ade pelbagai..syafie, hanbali, hanafi n maliki..tetapi 1 je..kita mesti bersatu menolak kebatilan dan keburukan..

  3. salafian stream permalink

    tahniah Dr UFB…teruskan perjuangan …kita ahli sunnah dibelakang ILMU..

  4. Ye, seorg tokoh khususnya bidang ugama mmg byk jasa dan kata2/ajaran yg bernas tapi x bermaksud dia bebas drpd kesilapan krn masih manusia biasa. Mmg betul la tu, bukan kita kondem terus tokoh itu, cuma sesetengah pendpt dan ideologinya saje. Yg dibelah dada dan dicuci hatinya hanyalah rasulullah muhammad saw… Jadi hassan al bana atau al qardawi malah semua ulama lain pun ada ideologi yg x sesuai. Pilihla, bkn terima pakej bulat2. Sbb syaitan dan iblis tidak mengecualikan mereka drp disesatkan pun, malah menghantar pasukan yg lebih kuat bg org2 yg tinggi ilmunye ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: