Lompat ke isi kandungan

Pembawa Islam menyeru kepada perpaduan

Januari 27, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

429016_352508251523159_290734031_nSoalan: Nabi adalah simbol penyatuan ummah. Jika dilihat negara Islam Madinah, semua bangsa boleh disatukan dengan kehadiran Islam. Berbalik kepada kita pada hari ini, sesama Melayu yang rupa sama, gaya sama, dan Nabi kita itulah satu-satunya. Tetapi mengapa susah sangat kita hendak membawa rahmat yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW?

Jawapan:

Saya mengharap perbincangan kita ini dilihat dari sudut pandang positif ke arah penyatuan umat Islam. Penyatuan orang Melayu secara khususnya dan lebih umum penyatuan umat Islam itu sendiri.

Datangnya Islam yang dibawa oleh Nabi SAW membawa kesejahteraan, perpaduan dan keamanan. Ketika Nabi SAW dilahirkan dan diutuskan, moral masyarakat Arab pada ketika itu sangat teruk; sama ada dari sudut tawaf bertelanjang, minum arak, perjudian, perzinaan, pelacuran dan sebagainya, bahkan sistem perhambaan yang diamalkan mereka sangat teruk.

Datangnya Islam, Nabi SAW membawa mesej yang baik dengan imej yang baik. Allah SWT membina karekter Nabi SAW sejak baginda masih kecil menyebabkan apabila baginda SAW dilantik menjadi Rasul, masyarakat Arab tidak memiliki sebarang alasan untuk menolak perkataan Nabi.

Nabi SAW telah digelar sebagai orang yang bercakap benar, tidak pernah berbohong. Nabi telah digelar sebagai seorang yang sangat amanah – Al-Amin. Dan Nabi SAW popular di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis.

Apabila ungkapan-ungkapan yang terbit dari lisan Nabi SAW dilihat mustahil terbit daripada manusia biasa, ini menyebabkan masyarakat Arab membalasnya dengan tohmahan. Mereka tidak mampu menjawab, mereka tidak dapat mematahkan hujah, jadi mereka membuat ‘character assasination’.

Hendak mengatakan Nabi berbohong, baginda dikenali sebagai orang yang amanah dan bercakap benar. Jadi mereka mengatakan Muhammad gila, penyair, berkhayal, sehinggakan ada seorang bomoh yang menawarkan dirinya untuk mengubati Nabi SAW.

Di dalam hadis riwayat Imam Muslim, Dhimad Al-Azdi datang bertemu dengan Nabi mengatakan bahawa dia boleh mengubati penyakit gila yang dikatakan ada pada Nabi. Dia menyuruh Nabi bercakap. Lalu Nabi pun memulakan ungkapannya,

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, ومِن سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

أَمَّا بَعْدُ:

“Sesungguhnya segala puji itu hanya bagi Allah, kami memujinya dan kami meminta pertolongan hanya daripada-Nya, dan kami memohon pengampunan hanya daripada-Nya. Dan kami berlindung dengan-Nya daripada keburukan diri kami dan keburukan amal perbuatan kami. Siapa yang Allah berikan petunjuk kepada mereka maka tiada yang dapat menyesatkannya, dan siapa yang Allah sesatkan maka tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Dan aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.”

Itu sahaja perkataan yang Nabi SAW ungkapkan. Dhimad Al-Azdi yang fitrahnya inginkan kebenaran mendengar dan kemudian berkata,

والله سمعت قول الشعراء وسمعت قول الكهان فما سمعت بمثل هؤلاء الكلمات، أبايعك على الإسلام

“Demi Allah, aku telah mendengar perkataan penyair-penyair, aku telah mendengar perkataan bomoh dan dukun, akan tetapi aku tidak pernah mendengar perkataan yang seperti ini. Aku terima untuk taat setia atas Islam.”

Maknanya, kedatangan Nabi menyebabkan satu tarikan untuk orang dekat dengan Islam. Peliknya kita pada hari ini, kita sebagai orang Islam, apabila kita datang orang lari. Ini yang perlu kita muhasabahkan.

Saya ingin membuat satu kiasan supaya lebih jelas. Kita asyik menyebut tentang bangsa. Ketika Nabi tiba di Madinah, orang Arab mempunyai semangat kebangsaan yang sangat kuat dan mereka sangat taksub kepada bangsa dan kabilah masing-masing. Sebab itu Nabi banyak menasihati masyarakat Jahiliyyah agar jangan bersifat ashabiyyah (ta’assub).

Tetapi apabila datangnya Islam, lihat apa yang Nabi buat di Madinah. Nabi menyatukan kaum Aus dan Khazraj menjadi Anshar. Anshar adalah orang Islam. Kaum Muhajirin yang terdiri daripada pelbagai kabilah; Quraisy, Tamim dan sebagainya disatukan menjadi Muhajirin. Muhajirin adalah orang Islam yang berhijrah, manakala Anshar adalah orang Islam yang terdiri daripada bangsa Aus dan Khazraj.

Begitu juga dalam negara kita. Sesiapa sahaja yang beragama Islam di negara kita boleh jadi Melayu. Orang Cina pun boleh jadi Melayu, mamak pun boleh jadi Melayu, Bajau pun Melayu, Kadazan pun Melayu. Dalam takrifan perlembagaan kita, Melayu itu adalah orang yang beragama Islam. Sama seperti apa yang berlaku di dalam Piagam Madinah dan apa yang berlaku di Madinah Al-Munawwarah. Bersatunya umat Islam bermula dengan bangsa. Aus dan Khazraj adalah dua bangsa berbeza bergabung menjadi Anshar. Pelbagai kaum yang berbeza bergabung menjadi Muhajirin. Asas penyatuannya adalah Islam.

Ini bererti Nabi mengiktiraf bangsa. Nabi sampai di Madinah membawa keamanan, kesejahteraan, dan perpaduan. Tetapi peliknya kita pada hari ini, kita katakan hendak membawa Islam, kita ingin menegakkan Islam, kita hendak menyampaikan mesej Islam, tetapi kita berpecah sesama kaum Muslimin.

Ini yang mengecewakan dan menyedihkan. Kita bersama-sama dengan mereka yang jelas benci dan anti-Islam. Apabila bercakap soal kalimah Allah, saya tertarik melihat sahabat-sahabat blogger yang membuat petition menghimpun tandatangan untuk menghantarnya kepada Pope Bennedict di Vatican City, Pusat Pentadbiran Gereja Katolik terbesar di dunia untuk permohonan penggunaan kalimah Allah dalam seluruh Bible, dalam apa jua terjemahan kalau mereka mahukan sangat. Adakah Pope Bennedict akan bagi? Mereka tidak akan bagi.

Orang Islam di negara ini 60%. Selebihnya 20% agama Buddha, 9.2% agama Kristian. Majoriti daripada 9.2% adalah orang Cina. Sepatutnya Bible dituntut diterjemahkan ke dalam bahasa Cina lebih utama daripada diterjemahkan ke bahasa Melayu.

Mengapa mereka hendak terjemahkan ke bahasa Melayu? Sedangkan mereka yang memperjuangkan Bible diterjemahkan ke Bahasa Melayu, mereka berkomunikasi dan memperjuangkan bahasa Cina, mereka memperjuangkan sekolah Cina. Apa matlamat dan agenda mereka apabila menuntut Bible diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu?

Kita bercakap tentang kepentingan Islam yang mendahului kepentingan politik. Jangan melihat kami bercakap di pentas Umno maka kami bercakap kerana kepentingan politik. Jangan seperti itu. Buka minda, kita bercakap tentang kepentingan dan kedudukan agama Islam yang perlu kita utamakan dan dahulukan dalam konteks Malaysia. Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

From → Akidah & Manhaj

One Comment
  1. Politikus Khilafah permalink

    islam diseru bersatu di bawah seorang pemimpin bergelar khalifah…memang pengejar keuntungan duniawi dia nih … masya Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: