Lompat ke isi kandungan

Lafaz sumpah DS Rosmah Mansor tidak miliki cincin 24 juta

Januari 29, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

ringSoalan: Kita sedia maklum baru-baru ini Datin Seri Rosmah ada buat lafaz sumpah berkaitan dengan isu cincin 24 juta. Lafaz sumpahnya agak ringkas di mana dia mengatakan “Saya berani bersumpah, Wallah, saya tidak ada cincin 24 juta tersebut langsung.” Apakah sumpah yang dilafazkan oleh beliau itu mencukupi syarat bersumpah di sisi agama Islam.

Jawapan:

Saya juga turut menonton video tersebut berkaitan sumpah Datin Sri Rosmah Mansor berkenaan dengan cincin tersebut, beliau berkata berkenaan cincin 24 juta yang beliau dituduh memilikinya dan beliau menyebut “Wallah, saya tidak memiliki cincin tersebut.”

Sebelum bercakap bab itu kita perlu ingat, Nabi menyebut di dalam hadis,

الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِيْنُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ

“Bukti (perlu didatangkan) bagi orang yang menuduh dan sumpah bagi orang (tertuduh) yang mengingkari.” (riwayat Al-Baihaqi dengan sanad sahih)

Orang yang menuduh perlu mendatangkan bukti. Tunjukkan di mana cincinnya. Bukti tiada, hanya cakap, dan juga maklumat yang tidak tahu dari mana hujung pangkalnya. Dan sekarang ini orang yang dituduh telah mengangkat sumpah. Ditanya adakah sumpah dia sah atau tidak?

Perkataan yang digunakan “Wallah”. Ia adalah kalimah Allah yang digunakan untuk bersumpah. Huruf wau dalam kalimah Wallah itu dipanggil huruf al-qasam (sumpah). Ada tiga huruf qasam iaitu wau – Wallah, ba – Billah, dan ta – Tallah. Cukup menggunakan satu sahaja huruf ini untuk bersumpah. Bukan syarat sumpah mesti menggunakan ketiga-tiganya, asalkan sumpahnya dengan nama Allah SWT.

Apabila dia menyebut “Wallah, saya tidak ada” maka dia telah mengingkarinya. Jadi wajib bagi setiap kaum Muslimin menghentikan propaganda ke atas beliau. Kalau hendak buat juga, di mahkamah tempatnya. Masuk mahkamah dan buat tuduhan di mahkamah, itu adalah cara di dalam Islam.

Di dalam Islam tidak selesai hanya dengan mengatakan “aku sumpah tidak buat”, jika ada orang yang mendatangkan bukti, dia tetap boleh disabitkan kesalahan. Tetapi apabila perkara ini tidak dibawa ke mahkamah, hanya tuduhan-tuduhan yang disebarkan di dalam blog, dan apabila tuan punya badan bersumpah, prinsip Islam mengajar orang yang menuduh wajib menghentikan tuduhan. Kalau tidak, dia adalah orang yang menyebarkan namimah (adu domba). Sabda Nabi di dalam hadis,

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ

“Tidak akan masuk syurga pengadu domba.” (riwayat Muslim)

Mengadu domba adalah menyebarkan perkara-perkara agar orang benci kepada seseorang. Allah mencerca isteri Abu Lahab di dalam Al-Quran,

وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ

“Dan isterinya (Abu Lahab) pembawa kayu api.” (surah Al Lahab: 4)

Kata para ulama, dikatakan dia pembawa kayu api adalah kerana dia berjalan sana sini memburuk-burukkan Nabi SAW kepada orang lain.

Ini bukan soal mempertahankan siapa-siapa, ini adalah soal hak. Apabila dia mengangkat sumpah, sesiapa yang menuduh perlu menghentikan tuduhan, di dalam blog perlu dipadamkan cerita-cerita yang berkaitan dan berhenti bercakap tentang hal itu. Jika mahu juga, buat tuduhan di mahkamah. Wallaahua’lam.

Disediakan dari rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: