Skip to content

Ustaz Nasha dialu-alukan sertai iLMU

Januari 31, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

ilmu ustaz nashaSoalan: Apa komen ustaz tentang pemecatan Ustaz Nasha baru-baru ini.

Jawapan:

Bismillah, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah wa ‘ala aalihi washahbihi waman waalaah, amma ba’d,

Saya melihat isu pemecatan Ustaz Nasha ini adalah isu dalaman Pas dan ahli majlis syura memiliki hak untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi ahli majlis syura dan pada masa yang sama mereka juga memiliki hak untuk memecat sesiapa sahaja yang mereka kehendaki termasuk Ustaz Nasha.

Jadi ini kembali kembali kepada kebijaksanaan mereka tentang siapa yang layak dan siapa yang tidak layak untuk menjadi ahli majlis syura. Cuma isunya atas asas apa dan atas sebab apa pemecatan itu berlaku, kembali kepada kebijaksanaan mereka juga untuk menentukan.

Apa yang kita harapkan, janganlah semata-mata kerana pemecatan tersebut ia membuka ruang kepada fitnah yang bakal menimpa Pas. Wallaahua’lam.

Soalan: Kita lihat banyak tokoh-tokoh Pas sama ada keluar ataupun dipecat, contohnya Dato’ Hasan Ali, dan yang terbaru Ustaz Nasha yang dipecat daripada ahli majlis syura. Jadi adakah dengan keluarnya tokoh-tokoh ini, ia mengubah landskap politik PRU nanti? Adakah keluarnya tokoh-tokoh ini akan mengubah atau mengimbangi pengundi-pengundi Melayu pada Umno. Adakah ini satu kelebihan bagi Umno dalam PRU nanti?

Jawapan:

Saya melihat pemecatan Dato’ Hasan Ali daripada Pas dan pemecatan Ustaz Nasha dari majlis syura Pas sudah semestinya memberi impak kepada pengundi-pengundi Pas sendiri, di mana saya melihat sejarah Ustaz Nasha sendiri di dalam Pas, beliau diibaratkan sebagai bayangan kepada Al-Fadhil Ustaz Fadzil Noor, seorang pemimpin yang berkarisma. Dan Ustaz Fadzil Noor adalah orang yang bertanggungjawab menonjolkan beliau dan mengasah bakat beliau serta mengkedepankan beliau di dalam Pas.

Beliau ada pengikut beliau yang tersendiri, ada penyokong beliau sendiri dan mendapat kepercayaan daripada Pas. Jika tidak, beliau tidak akan dilantik menjadi Timbalan Presiden. Apa yang menghairankan kita bukan sahaja pemecatan ini, tetapi yang lebih menghairankan kita adalah apabila beliau gagal dan kalah di dalam pilihanraya dalaman Pas sehingga beliau tidak lagi dipilih sebagai Timbalan Presiden di dalam Pas.

Itu yang sangat mengejutkan, sebab label atau slogan Pas selama ini sendiri dilihat semakin terhakis. Jadi saya kira ia sudah semestinya memberi kesan kepada golongan-golongan yang cintakan agama, cintakan perjuangan Islam, dan cintakan prinsip-prinsip Ustaz Nasha hafizahullah dan Ustaz Fadhil Noor rahimahullah. Hal ini akan memberikan pengajaran kepada Pas seperti mana Umno juga pernah diberikan pengajaran oleh ahli-ahlinya. Wallaahua’lam.

Soalan: Adakah itu satu saranan supaya parti Pas diajar oleh pengikut-pengikutnya supaya kembali kepada perjuangan asal seperti mana Umno diajar oleh pengikutnya pada tahun 2008?

Jawapan:

Ya, saya kira itu satu hal yang akan berlaku –insyaAllah- selama mana Pas tidak kembali kepada landasan perjuangan yang asal. Seperti mana Cikgu Non, walaupun dia dikatakan orang yang terpencil iaitu ahli sahaja, tetapi keinginan beliau agar Pas kembali kepada landasan perjuangan yang asal adalah sangat jelas.

Begitu juga Dato Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, mereka semua menginginkan Pas kembali ke atas dasar perjuangannya yang asal. Tidak lain dan tidak bukan, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat dan membina kedudukannya yang tersendiri dan lebih dimuliakan daripada keadaannya pada hari ini. Wallaahua’lam.

Soalan: Kami mendengar ura-ura bahawa Ustaz Nasha akan masuk iLMU. Benarkah berita tersebut?

Jawapan:

Jangan dengar khabar, ceritanya kami pernah mengadakan lawatan menziarahi Ustaz Nasha pada tahun lepas apabila beliau tewas dalam pemilihan sebagai presiden Pas, dan Alhamdulillah beliau menyambut kedatangan kami dengan baik.

Dan baru-baru ini apabila beliau dipecat daripada ahli majlis syura Pas, ada sebahagian sahabat-sahabat kita yang mencadangkan agar Ustaz Nasha masuk menyertai iLMU. Orang bertanya pendapat saya, maka saya katakan dengan hati yang terbuka, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Sekiranya Ustaz Nasha sudi bersama-sama dengan kami, maka apa salahnya.

Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Ustaz Nasha adalah ahli Pas, dan kami ada banya ahli dari pelbagai latar belakang sebenarnya; ada yang bekas ahli Pas, bekas ahli DAP pun ada. Kalau bekas ahli DAP pun ada, tentulah tidak ada masalah kami menerima ahli Pas. Cuma kami tidak terima golongan-golongan Khawarij dan kami tidak terima golongan-golongan Syiah. Itu sahaja.

Wallaahua’lam.

Disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: