Skip to content

Komen lawatan PM ke Gaza

Februari 3, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

PM_ke_GAZA_3Soalan: Apa komen ustaz tentang lawatan Dato’ Seri Najib ke Gaza baru-baru ini.

Jawapan:

Bismillah,

Saya kira itu satu hal yang sangat positif dan membuktikan betapa prihatinnya Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib terhadap apa yang berlaku di Gaza secara khususnya dan di Palestin secara umumnya.

Bayangkan sekiranya Presiden Mesir pun belum sempat menziarahi Gaza, Perdana Menteri kita dari Malaysia sempat masuk menziarahi Gaza, dan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama masuk ke Palestin, jadi satu pujian yang sepatutnya kita berikan dan ia satu contoh yang baik. Kata Nabi di dalam hadis,

من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها و أجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شيئ

“Barangsiapa yang melakukan contoh perbuatan yang baik dalam Islam maka baginya pahala dari perbuatannya itu dan pahala dari orang yang melakukannya sesudahnya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.” (riwayat Muslim, no. 1017)

Pujian dan tahniah saya berikan.

Soalan: Tetapi, Dato Seri Najib pergi melawat Hamas iaitu pembangkang di sana, dia tidak pergi melawat Fatah iaitu pemerintah di Palestin.

Jawapan:

Dato Seri Najib telah menjawab isu ini. Dia tidak melawat Fatah kerana ruang udara di Ramallah dikuasai oleh Israel. Israel hanya membenarkan sesiapa yang mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka untuk masuk ke sana. Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.

Ini perlu difahami. Jika dia memasuki ruang udara di sana, dibimbangi akan berlaku sesuatu. Itu perkara yang Dato Seri Najib jawab.

Kedua, kita perlu lihat dari sudut positif. Firman Allah SWT,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara kedua saudaramu.” (surah Al-Hujurat: 10)

Hamas dan Fatah seperti mana yang kita sedia maklum ada masalah. Dan Dato Seri Najib bukan memilih bulu untuk melawat siapa. Di dalam perhimpunan Agong Umno, ada wakil daripada Hamas dan ada juga wakil daripada Fatah. Kita baik dengan semua dan tidak ada masalah.

Jadi pembangkang perlu bergembira dan memberi sokongan terhadap pertemuan Perdana Menteri dengan Hamas. Ini kerana pembangkang tidak pernah menyokong Fatah. Pembangkang hanya menyokong Hamas.

Bagaimana Perdana Menteri kita dari Umno boleh bertemu dengan pihak pembangkang di sana merupakan satu hal yang baik dan positif, membuktikan bahawa kita boleh baik dengan semua orang tanpa memilih bulu. Ini kerana kita melihat kepada kepentingan umat islam. Bahkan tujuan lawatan itu sebenarnya adalah untuk menyatu padukan antara Hamas dan Fatah.

Maka janganlah dikritik mengapa berjumpa dengan Hamas, mengapa tidak berjumpa dengan Fatah, kemudian mengambil kenyataan-kenyataan pemimpin Fatah yang saya kira mereka tidak mendapat penjelasan yang sebenarnya daripada Perdana Menteri kita terhadap lawatan tersebut.

Ini bukan soal hendak mempertahankan, kita perlu membuka minda. Jangan kita mengatakan orang pergi ke sana dengan niat tidak baik, hipokrit atau sebagainya. Orang yang berfikiran seperti ini sangat cetek pemahamannya, sentiasa hendak mencari kesilapan dan kesalahan orang lain. Sangat jumud.

Sewajarnya pemergian Perdana Menteri bertemu dengan pemimpin Hamas itu diberikan sokongan padu untuk menyatukan kaum Muslimin. Jangan membawa agenda pecah belah di Malaysia ini ke negara Palestin pula. Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: