Skip to content

DS Najib wajar diberi mandat

Februari 4, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Baru-baru ini sewaktu di Davos Switzerland DS Najib ada bersuara memohon agar beliau diberi mandat oleh rakyat dalam PRU akan datang. Apa komen ustaz?

Jawapan:

Bismillah,

Berbicara tentang mandat, sewajarnya kita memberikan pujian kepada DS Najib kerana selama beberapa tahun ini beliau mentadbir urus negara ini dengan kurang daripada 2/3 – simple majority. Dalam keadaan majoriti kecil ini, beliau mampu bertahan dan mampu melakukan transformasi.

Maka sewajarnya rakyat melihat dan menilai usaha-usaha murni yang dilakukan oleh beliau dan seterusnya memberikan kepercayaan dan mandat majoriti 2/3 kepada beliau agar transformasi ini dapat dilebarkan lagi.

Mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak bersetuju, mungkin ada kekurangan, namun ambillah contoh daripada perjanjian Hudaibiyah. Nabi SAW sendiri tidak disetujui oleh sebahagian besar di kalangan sahabat RA apabila baginda tidak membenarkan Abu Jandal, seorang lelaki yang telah memeluk Islam mengikuti Nabi pulang ke Madinah kerana di dalam perjanjian Hudaibiyah, orang Mekah tidak boleh masuk ke Madinah.

Para sahabat RA tidak bersetuju dengan keputusan Nabi, tetapi para sahabat tetap memberikan ketaatan kepada Nabi SAW. Hikmahnya besar, iaitu berlaku pembukaan Kota Makkah beberapa tahun selepas itu.

Saya bukan bermaksud hendak menyamakan DS Najib dengan Nabi SAW, saya cuma mengambil kisah Hudaibiyah itu yakni tentang kepentingan mentaati ketua atau pemimpin yang akan memberikan kesan dan impak positif dari semasa ke semasa.

Usaha transformasi berjaya walaupun dalam majoriti kecil, negara diurus tadbir dengan baik walaupun dalam majoriti kecil, jadi mengapa tidak rakyat memberikan kepercayaan dan mandat untuk beliau terus mengurus tadbir negara.

Saya yakin –insyaAllah- Islam akan tertegak dan hak-hak rakyat keseluruhannya akan dipelihara. Wallaahua’lam.

pix_gal0

kk1m_new   klinik Kedai-Ikan-rakyat-1malaysia-3

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

One Comment
  1. Tolong kawal pergerakan DS Najib dan nasihatkan dia sentiasa kerana semalam dia telah disesatkan untuk pergi rasmikan program IM4U yg menyesatkan orang dan ini sebenarnya usaha sabotaj dari puak2 pendokong syiah dari Johor untuk menjatuhkan beliau. Wassalam….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: