Skip to content

Kesedaran tentang anasir Syiah yang mewujudkan kacau bilau di Malaysia

Februari 18, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

passyiah1[1]Soalan: Sejauh manakah kesedaran kita tentang anasir-anasir dan rancangan puak Syiah ini untuk mewujudkan kacau bilau dan mencetuskan masalah di Malaysia dan apakah langkah-langkah kerajaan ataupun NGO ataupun pihak pembangkang untuk menangani anasir-anasir tersebut.

Jawapan:

Kita memang sedar tentang anasir Syiah, tetapi di Sabah kesedaran tentang hal ini mungkin kurang. Sebagai kesedaran umum, Syiah sangat bahaya. Syiah membawa ideologi atau pemikiran khawarij, membawa rusuhan, pergaduhan, malah pegangan akidah mereka bercanggah dengan akidah Ahlus Sunnah. Mereka beriman bahawasanya Al-Quran di sisi kita tidak lengkap dan tidak sempurna, Al-Quran mereka ada 17,000 ayat sedangkan Al-Quran kita hanya ada 6236 ayat, suku sahaja daripada Al-Quran mereka.

Mereka beriman bahawa imam-imam mereka yang 12 bebas dari salah dan silap. Mereka juga beriman bahawa majoriti sahabat Nabi telah kufur setelah kewafatan Nabi shallallaahu ’alaihi wa sallam. Abu Bakar kafir, Umar kafir, Utsman kafir, Aisyah kafir, Muawiyah kafir, semua sahabat Nabi ini kafir menurut mereka, sedangkan kita menjadikan sahabat-sahabat Nabi ini sebagai rujukan.

Apabila kita menceritakan sejarah hijrah, kita tidak akan lupa menceritakan tentang  Abu Bakar. Apabila kita menceritakan tentang sejarah kewafatan Nabi, kita tidak akan lupa menceritakan tentang Umar Al-Khatthab radhiyallaahu’anhu. Apabila kita menceritakan tentang sejarah pembukuan Al-Quran, tidak akan kita lupa menceritakan tentang Utsman bin Al-Affan. Tetapi Syiah mengkafirkan mereka semua.

Bahkan Syiah adalah pencetus demonstrasi di serata dunia. Di Lubnan, Syria, Bahrain, Saudi yang masuk ke perkuburan Baqi’ masuk dan memijak-mijak kubur sahabat-sahabat Nabi, di Iraq, semuanya dicetuskan oleh puak-puak Syiah, bahkan di serata dunia termasuk di Malaysia juga, mereka datang membawa ideologi yang sama. Ketika berdemonstrasi kita dapat melihat mereka mengangkat sepanduk gambar Khomeini, Hasan Nasrallah. Ini semua adalah tokoh-tokoh Syiah.

Kerajaan sangat tegas di dalam isu ini pada hari ini. Wujud jabatan-jabatan agama Islam dengan enakmen-enakmen tertentu dan kerajaan telah membuat tangkapan menyekat perkembangan agama Syiah dalam negara kita. Cuma kelemahan masih ada, banyak perkara yang perlu diperkemaskan dan diperkukuhkan agar ia dapat dibendung secara sepenuhnya. Kerana Syiah tidak akan membawa keamanan, sebaliknya mereka akan membawa rusuhan, pergaduhan, provokasi, dan akhirnya membawa kepada pertumpahan darah.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=J6TScTWAhCQ

From → Akidah & Manhaj

2 Komen
  1. Salam
    Wajar sebarkan maklumat penyelewengan syiah di masjid surau nsekolah supaya di jauhi oleh orang awam
    Yg dah terjerat perlu taubat. Ujudkan unit counselling di jan agsma dll
    Krajaan n wismaputra harus waspada. Jangan ghairah urusan bisines n partner matching krana nanti jadi saloran sebar daayah sesat itu.

    • Taj permalink

      Setuju. Terutama kepada generasi muda di sekolah2, kolej dan universiti kena didedahkan apa itU syiah dan siapa mereka….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: