Skip to content

Kahwin muda, tips memilih pasangan & peranan suami isteri

Februari 23, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

482982_414225705327103_1350896205_nSoalan: Ibu bapa pada hari ini ada yang menyekat anak-anak dari berkahwin kerana usia anak yang masih muda. Sedangkan pada zaman Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam ada yang kahwin muda dan berkekalan. Jadi adakah kita perlu risau dengan rezki yang telah ditulis oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala?

Jawapan:

Sebenarnya tidak ada perintah langsung dari Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam supaya bernikah di usia muda, cuma hadis di mana Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

“Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di kalangan kamu yang mampu maka hendaklah dia menikah, kerana hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah perisai baginya.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Nabi menggunakan perkataan mampu. Perkataan mampu ini sangat subjektif. Mungkin ada orang menterjemah mampu dengan kemampuan mengurus hidup. Mungkin ada orang terjemah mampu dengan kekuatan. Mungkin ada orang menterjemah mampu itu dengan kekayaan, sudah memiliki pekerjaan, rumah, kereta, dan berfikiran matang. Ia boleh diterjemahkan mengikut keadaan dan suasana.

Pada zaman Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam, memang masyarakat Arab ketika usia belasan tahun bentuk tubuh mereka sudah besar. Wanita pada ketika itu tidak bekerja seperti mana pekerjaan pada hari ini. Jadi apabila wujud perbezaan yang sedemikian rupa, maka budaya dan kebiasaan masyarakat Arab memilih usia yang muda untuk dijadikan sebagai isteri.

Cuma untuk kita menetapkan semua orang kena kahwin muda, semua kena kahwin dalam umur yang sekian sekian, itu kembali kepada individu itu sendiri kerana Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam sendiri tidak pernah menetapkan umur. Nabi hanya menetapkan kemampuan (al-baa-ah) dan ia merujuk kepada individu itu sendiri; mampukah berfikir dengan matang dan sebagainya.

Ada yang baru berkahwin satu hari, merajuk, bergaduh, kemudian bercerai pada hari kedua. Ada yang merancang untuk berkahwin, apabila tiba hari perkahwinan mereka batalkan perkahwinan. Ini semua ketentuan daripada Allah Subhaanahu wa Ta’ala.

Sebenarnya, sebelum dilahirkan lagi telah ditetapkan ketentuan hidup setiap makhluk. Sabda Nabi sallallaahu’alaihi wasallam di dalam satu hadis,

إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ: اُكْتُبْ، قَالَ: رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: أُكْتُبْ مَقَادِيْرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُوْمَ السَاعَةُ

“Sesungguhnya yang pertama kali diciptakan Allah adalah Qalam (Pena), lalu Allah berfirman kepada-Nya, “Tulislah” Qalam berkata, “Wahai Rabb, apa yang harus kutulis?” Allah berkata, “Tulislah ketentuan-ketentuan segala sesuatu hingga terjadinya Kiamat.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Ini bermaksud segala-galanya telah tertulis. Jadi kita katakan, sesuatu perkahwinan itu juga telah ditulis, dan mungkin pembatalan perkahwinan itu juga telah Allah Subhanahu wa Ta’ala tentukan.

Walaubagaimanapun ALLAH memberikan kita peluang untuk memilih. Kita mampu memilih dengan peluang doa dan usaha yang ALLAH Ta’ala sediakan kepada kita.

Memilih pasangan kerana rupa paras dan perasaan

Ada hadis Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam,

إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras kamu dan harta kamu, tetapi Dia melihat hati kamu dan amal perbuatan kamu.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh mengatakan hati kita baik sedangkan amal perbuatan kita tidak baik. Tetapi hati yang baik mesti disusuli dengan tindakan dan amal perbuatan yang baik.

Walau demikian, Islam bukan anti-kecantikan dan keindahan. Nabi sallallaahu’alaihi wasallam bersabda,

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا ، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaklah memilih yang taat beragama, nescaya engkau akan beruntung.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kita kena faham maksud hadis ini. Ada orang mengatakan kita perlu lihat agama sahaja dan jangan lihat yang lain. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ketika mengulas hadis ini mengatakan perlu dilihat ciri-ciri ini satu persatu.

Pernah berlaku di dalam sejarah sahabat Nabi, seorang lelaki bernama Tsabit bin Qais, seorang yang hitam, gemuk, rendah sehingga isterinya tidak menyukainya kerana rupa parasnya. Isterinya lalu bertemu dengan Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam dan mengatakan,

يَا رَسُولَ اَللَّهِ ! ثَابِتُ بْنُ قَيْسٍ مَا أَعِيبُ عَلَيْهِ فِي خُلُقٍ وَلَا دِينٍ , وَلَكِنِّي أَكْرَهُ اَلْكُفْرَ فِي اَلْإِسْلَامِ , قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم  أَتَرُدِّينَ عَلَيْهِ حَدِيقَتَهُ ? , قَالَتْ : نَعَمْ  قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم  اِقْبَلِ اَلْحَدِيقَةَ , وَطَلِّقْهَا تَطْلِيقَةً )  رَوَاهُ اَلْبُخَارِيُّ وَفِي رِوَايَةٍ لَهُ : ( وَأَمَرَهُ بِطَلَاقِهَا )

“Wahai Rasulullah, aku tidak mencela Tsabit Ibnu Qais, namun aku tidak suka durhaka (kepada suami) setelah masuk Islam. Lalu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apakah engkau mahu mengembalikan kebun kepadanya?” Dia menjawab: Ya. Maka Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda (kepada Tsabit Ibnu Qais): “Terimalah kebun itu dan ceraikanlah dia sekali talak.” (Riwayat Bukhari). Dalam riwayat yang lain: Baginda menyuruh untuk menceraikannya.

Ini bermakna bahawa kecantikan juga menjadi salah satu daripada ciri-ciri pilihan. Jadi kita tidak boleh mengatakan harus menolak semuanya dan memilih agama sahaja, tetapi memadai apabila kita merasa sejuk hati apabila melihatnya. Ianya kembali kepada pemilihan dan kesukaan masing-masing.

Peranan suami isteri

Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

لَوْ كُنْتُ آمِرًا لِأَحَدٍ أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا

“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan memerintahkan wanita untuk sujud kepada suaminya.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Tugas asas isteri adalah memberi ketaatan dan layanan kepada suami. Nabi memerintahkan wanita untuk memberikan ketaatan yang mutlak kepada suami. Maksud ketaatan mutlak bukan bererti melampaui ketaatan kepada Allah dan Rasul, tetapi bermaksud selama mana suami memerintah agar melakukan kebaikan atau hal-hal yang tidak bercanggah dengan syariat Islam, seorang isteri mestilah mengikuti perintah suami. Itulah asas kepada kehidupan dalam keluarga.

Tanggungjawab seorang isteri berbeza dengan tanggungjawab seorang suami. Di dalam sebuah hadis Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam mengatakan bahawa seorang wanita bertanggungjawab ke atas isi rumahnya. Adapun suami pula adalah sebagai pemimpin dan tanggungjawabnya lebih luas. Suami juga bertanggungjawab menyediakan pakaian, makanan, dan keperluan asas untuk isteri dan ianya perlu diberikan secara adil. Tidak boleh sekiranya suami memakai benda-benda mewah tetapi memberikan benda yang buruk untuk isterinya.

Tanggungjawab suami juga lebih luas dan besar iaitu merangkumi tanggungjawab kepada ibu bapa, kepada masyarakat, kepada negara. Sedangkan tanggungjawab isteri adalah mengurus suami dan anak-anak sahaja. Sebab itu, sifat wanita adalah agak halus dan menghalusi sesuatu perkara. Dan sebab itu juga Allah menjadikan sifat wanita ini mampu menggoda lelaki. Sabda Nabi di dalam hadis,

مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ

“Aku tidak pernah melihat (manusia) yang kurang akal dan agamanya namun dapat mencairkan hati kaum lelaki yang sangat gagah selain daripada kamu wahai sekalian wanita.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebab itu mudah sebenarnya untuk para wanita untuk mencapai syurga iaitu memadai dengan memberikan ketaatan dan memenuhi tuntutan dan kehendak suami (setelah ketaatan kepada Allah dan Rasul).

Wallaahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

One Comment
  1. SALLEHA NORMAN permalink

    Ramai lelaki yang menyimpan sikap sebenar semasa awal perkenalan. Seperti suamiku Nazarudin bin Jalal bekerja sebagai seorang pemandu teksi LIMO Lcct. Sebelum berkahwin sikapnya masih disimpan, setelah kawin aku mula merasakan kebiadapan, sikap tak bertanggungjawab dan panas baran nya. Namun aku banyak bersabar dengan sikapnya kerana memikirkan anak anak.

    Langit bertambah mendung, tahun lepas aku telah disahkan mengidap kanser servik tahap 4, seperti dijangka dia menyalahkan aku dan ahirnya melarikan diri. Awas, pada lelaki seperti ini untuk di buat suami. Jika anda mungkin bakal isterinya…

    SALEHHA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: