Skip to content

Dap jangan rasis dan sentuh sensitiviti agama

Februari 24, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

gugurSoalan: Dalam keadaan politik pada hari ini, kita melihat hakikatnya Pas adalah minoriti yang diketuai oleh majoriti Dap. Dijangkakan undi kaum Cina akan bertumpu menyokong Dap hasil dari tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan. Apakah kedudukan politik negara sekiranya 80% kerusi politik yang didominasikan oleh kaum Cina dimenangi oleh Dap. Bukankah ini akan menggugat kestabilan politik seterusnya mempengaruhi ekonomi negara?

Jawapan:

Tentang pengundi Cina di PRU yang akan datang, pada hari ini secara khususnya DAP dan MCA merupakan dua parti Cina yang terbesar, dan juga Gerakan. Selama ini, lebih 50 tahun kita merdeka dan kemerdekaan kita dalam tempoh 50 tahun ini seimbang; dari sudut kuasa ekonomi, penghormatan yang diberi kepada agama, malah hak-hak yang diberikan kepada selain orang Melayu turut diimbangi dengan kewujudan MCA di dalam Barisan Nasional.

Bahkan pada hari ini apabila kita berbicara tentang ekonomi, kita sedia maklum bahawa orang Cina yang menguasai ekonomi, dan kita menghormatinya. Bahkan senarai 10 orang terkaya di Malaysia, 7 daripadanya adalah orang Cina, 2 Melayu dan 1 India. Jelas kepada kita bahawa ekonomi dikuasai orang Cina.

Namun apa yang menyedihkan pada hari ini, parti Dap dilihat rasis, cuba menimbulkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti antara agama dan juga bangsa. Kita tidak ada Sekolah Kebangsaan Jenis Melayu, tetapi kita ada Sekolah Kebangsaan Jenis Cina. Di negara China pun tidak ada Sekolah Kebangsaan Jenis Cina. Mengapa kita berikan semua ini adalah sebab kita mengiktiraf kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 adalah hasil usaha bersama.

Kita mengiktiraf kerana kita berpegang dengan perjanjian yang dimeteraikan oleh nenek moyang kita. 30% pada ketika itu yang berbangsa Cina juga yang berbangsa India yang berada di dalam negara kita di mana mereka datang dari Tanah Besar. Tetapi demi mencapai kemerdekaan dan demi menjaga keharmonian, kita berikan hak-hak mereka. Pada masa yang sama, untuk mencapai kemerdekaan, Raja-raja Melayu turut menetapkan hak-hak orang Islam dan hak-hak orang Melayu agar tetap dipelihara dalam negara ini.

Orang Cina perlu sedar bahawa pasaran mereka adalah orang Melayu. Siapa yang hendak membeli barang daripada mereka kalau bukan orang Melayu. Jadi penjual atau pembekal perlu menghormati pengguna. Begitu juga pengguna perlu menghormati pembekal selama mana pembekal menghormati kita. Tetapi sekiranya tidak diberikan penghormatan sesama kita, bagaimana kita hendak mengekalkan apa yang kita kecapi selama puluhan tahun. Pernah berlaku rusuhan 13 Mei 1969 yang kita tidak mahu berulang lagi. Kita hendak lupakan sejarah hitam tersebut dengan keamanan dan kedamaian yang kita kecapi sekarang.

Tetapi ada pihak yang membangkitkan dan mengapi-apikan isu-isu yang berkaitan dengan bangsa dan agama. Isu kalimah Allah dilontarkan oleh siapa? Lim Guan Eng. Saya buka kata kepada semua orang Cina, orang Cina jangan bimbang.

Islam adalah agama yang memastikan hak-hak semua bangsa dan agama terpelihara. Di India, tekanan diberikan ke atas umat Islam. Di China, tekanan diberikan ke atas umat Islam. Di Singapura, tekanan diberikan ke atas umat Islam. Di Eropah, di Barat, tekanan diberikan ke atas umat Islam. Namun adakah kita di Malaysia, kita memberikan tekanan kepada orang yang beragama Buddha, Kristian, Hindu, dan sebagainya? Tidak. Bahkan gereja yang bakal menjadi gereja terbesar di Asia dibina di Selangor. Tokong Buddha terbesar di Asia dibina di Kelantan.

Mesej yang hendak saya sampaikan adalah selama ini kita menghormati perbezaan di antara agama demi menjaga keharmonian dan kemaslahatan umum di dalam negara ini. Jadi kita meminta juga bangsa-bangsa lain menghormati sensitiviti ini.

Isu kalimah Allah dilontarkan oleh Lim Guan Eng untuk memecahbelahkan umat Islam. Siapa yang bercakaran? Lim Guan Eng sunyi sepi tanpa memberikan sebarang komentar setelah melontarkan dan setelah melihat umat Islam bangkit dan bercakaran sesama sendiri; antara sesama Pas, antara Pas dengan Pkr, antara Pakatan Rakyat dengan Umno. Apa yang mereka lakukan? Mereka berdiam diri.

Kita tidak mahu hal seperti ini terus berlaku. Sebab itu kita hulurkan tangan perpaduan kepada Pas. Sambutlah huluran tangan perpaduan ini agar kita dapat memperkukuhkan saf umat Islam dan seterusnya mengembangkan Islam di dalam negara ini.

Kita tidak pernah rasis, sebaliknya kita memberi hak kepada semua pihak. Kita memberi hak kepada masyarakat India dan Cina. Jadi orang Cina di dalam negara ini tidak perlu bimbang. Orang Cina di Selangor tidak perlu bimbang. Bahkan mereka perlu melihat, sekiranya sesuatu berlaku di dalam negara ini, sekiranya hak-hak orang Melayu tergadai, keseluruhan orang Melayu pasti akan kembali bersatu.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: