Skip to content

Iman dengan Qada & Qadar: Pemimpin yang diangkat adalah ketetapan Allah, wajib redha

Mac 11, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

419261_442761465804331_533931618_nSoalan: Rukun iman ada enam perkara. Yang keenam adalah percaya kepada qadha dan qadar. Firman Allah, “kullu syai-in sababa” (setiap sesuatu itu bersebab). Apa juga yang berlaku dengan sebab. Pada pilihan raya kita memangkah. Maka itu satu sebab, sama ada menang atau kalah ada sebab. Maka sebab inilah saya menentang tokoh ulama sekarang, kerana kita tahu bahawa mana yang terpilih maka itulah pilihan Allah. Itu namanya qadha dan qadar yang kita kena percaya. Apakah hukumnya orang yang tidak percaya dengan qadha dan qadar ini?

Jawapan:

Qadha dan Qadar merupakan salah satu daripada rukun Iman. Qadha dan Qadar maksudnya adalah ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Para ulama, antaranya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin meletakkan empat peringkat dalam beriman kepada Qadha dan Qadar;

Pertama, beriman bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala mengetahui segala sesuatu. Seperti mana firman Allah,

وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan Dia mengetahui segala sesuatu.”

Tidak ada sesuatu pun yang terkecuali daripada pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kedua adalah al-kitaabah iaitu beriman bahawa segala sesuatu telah tertulis di Lauh Mahfuz. Seperti mana di dalam hadis Nabi,

إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ: اكْتُبْ. قَالَ: رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

“Sesungguhnya yang pertama kali diciptakan oleh Allah adalah qalam (pena). Allah berfirman kepadanya, ‘Tulislah!’ Dia menjawab, ‘Apa yang aku tulis?’ Allah berfirman, ‘Tulislah takdir segala sesuatu hingga hari kiamat!’.” (Riwayat Abu Dawud)

Pena telah menulis semuanya, dan kita wajib beriman bahawa segala sesuatu telah tertulis.

Ketiga, beriman bahawa Allah yang telah menciptakan segala sesuatu, sebagaimana firman-Nya;

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ

“Allah-lah Pencipta segala sesuatu.” (Az-Zumar, 39: 62)

Keempat, beriman bahawasanya segala sesuatu itu kembali kepada kehendak (masyi-ah) Allah. Sebagaimana di dalam surah Yasin,

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

“Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah!” maka terjadilah ia” (Surah Yasin: 82)

Jadi kalau sesiapa yang beriman dengan qadha dan qadar Allah, sudah tentu dia akan melalui keempat-empat peringkat ini.

Sudah tentu dia akan menjadi orang yang sabar dan redha serta kuat bertawakkal kepada Allah. Ini kerana dia beriman bahawa Allah Maha Mengetahui semua perkara yang Allah Subhanahu wa Ta’ala tetapkan di mana Dia telah menetapkan semua ini di Lauh Mahfuz.

Dia juga beriman bahawa semuanya milik Allah dan Allah yang telah menciptakan semuanya. Dan sudah semestinya semua yang berlaku adalah kembali kepada kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Contohnya meninggal seorang daripada ahli keluarga kita, kita beriman bahawa semestinya Allah telah mengetahui tentang kematiannya, dan sudah tentu Allah tahu hikmah kematiannya. Jika dia sakit, Allah mengetahui apa hikmah dia sakit.

Kita juga beriman bahawa sakitnya seseorang itu telah ditulis, dan sebagai ciptaan Allah, jika Allah memberikan kita sakit, kita mesti redha di dalam menerimanya di samping berusaha untuk memperbaikinya. Kemudian, kita beriman bahawasanya sakit itu adalah bergantung kepada kehendak Allah.

Dengan ini, ia akan menjadikan kita orang yang redha, bertawakkal dan orang yang sabar. Tetapi jika orang tidak boleh menerimanya, sudah semestinya dia tergolong di kalangan ahli bid’ah dan pengikut hawa nafsu. Jadi orang yang beriman adalah orang yang merima qadha dan qadar dan segala ketentuan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan hati yang redha.

Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;

Advertisements

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: