Skip to content

Perintah dan larangan untuk menguji manusia

Mac 12, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

268590_409987309076156_41936177_nSoalan: Seorang kanak-kanak 7 tahun bertanya kenapa babi itu haram. Untuk memudahkan dia faham, kita katakan bahawa babi itu kotor, makan benda kotor dan perangainya juga tidak baik. Kanak-kanak itu bertanya, kalau begitu kenapa Allah ciptakan babi? Bagaimana saya dapat menjawab soalan itu dengan cara yang mudah difahaminya?

Jawapan:

Perkara pertama kepada kanak-kanak, kita kena kenalkan dia dengan Tuhannya (Allah) terlebih dahulu. Allah tidak bagi, Allah haramkan.

Saya pernah ceritakan ada usaha-usaha untuk menjadikan khinzir ini satu haiwan yang bebas daripada penyakit. Bahkan di Barat, khinzir-khinzir yang mereka pelihara adalah bersih.

Pakar-pakar jantung pergi membuat kajian dan eksperimen di sana memang menggunakan khinzir sebab khinzir merupakan haiwan yang paling hampir sama dengan manusia.

Jadi kalau kita berbicara dengan mengatakan khinzir ini kotor, satu hari nanti orang akan mengatakan bahawa khinzir yang mereka pelihara adalah bersih, tidak makan benda kotor. Kalau begitu, adakah khinzir masih haram? Jelas khinzir tetap haram walaupun ia bersih.

Sebab itu saya katakan, pendekatan kita kepada anak-anak adalah dengan cara membuat mereka kenal dengan Tuhan mereka, mengatakan Tuhan tidak membenarkan memakan khinzir. Di dalam Islam, memakan khinzir adalah haram.

Kemungkinan sebab-sebabnya yang kita lihat di dalam realiti pada hari ini, ia memiliki sifat-sifat yang tidak elok dan sebagainya. Itu boleh kita jadikan satu alasan. Adapun asas dan prinsipnya adalah agama melarangnya.

Kalau kita menggunakan alasan untuk melarang dan memerintahkan sesuatu, akan timbul masalah lain seperti orang akan bertanya kenapa perlu solat? Kalau kita mengatakan perlu solat kerana ia baik untuk kesihatan, baik untuk tubuh badan, lutut, tulang belakang dan sebagainya, akan timbul masalah bila orang mengatakan dia tidak sakit jadi tidak perlu solat.

Maka pendekatan yang sepatutnya adalah kenalkan dia dengan Tuhan, jadikan dia orang yang berdisiplin. Kalau dia bertanya kenapa Allah ciptakan babi, katakan padanya bahawa apa yang Allah ciptakan di atas bumi ini adalah kerana Allah ingin menguji kita, Allah hendak melihat kita ini orang yang baik atau orang yang jahat, ahli Syurga atau ahli Neraka.

Maka Allah menciptakan segala sesuatu juga adalah untuk menguji manusia. Allah memerintah dan melarang sesuatu juga untuk menguji tahap keimanan manusia, dan sebagai hamba Allah, kita wajib taat kepada perintah dan larangan-Nya tanpa perlu kepada sebab-sebabnya. Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: