Skip to content

Pilihanraya: Hukum sertainya & Hendak pilih siapa?

Mac 13, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

hukum pilihanrayaSoalan: Adakah pilihan raya sistem Islam dan bolehkah sertainya? Siapakah yang harus dipilih dalam pilihanraya?

Jawapan:

Perlu kita fahami bahawa asal hukum pilihan raya di dalam Islam adalah tidak ada. Asal hukumnya, pilihanraya bukan sebahagian daripada undang-undang Islam. Ia adalah undang-undang demokrasi. Dan demokrasi asalnya bukan merupakan sistem Islam.

Namun pada hari ini, keberadaan kita di dalam sistem ini membuatkan kita terpaksa memilih. Ini kerana, asal agama kita adalah seperti mana bait kaedah yang disusun oleh Syaikh Nashir As-Sa’di,

الدِّيْنُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْمَصَالِحِ * فِيْ جَلْبِهَا وَالدَّرْءِ لِلْقَبَائِحِ

“Agama ini dibina di atas dasar kemaslahatan, mendatangkan maslahat dan menolak kemudharatan.”

Dan beliau meneruskannya lagi di dalam bait syair tersebut,

فَإِنْ تَزَاحَمْ عَدَدُ الْمَصَالِحِ * يُقَدَّمُ الأَعْلَى مِنَ الْمَصَالِحِ

وَضِدُّهُ تَزَاحُمُ الْمَفَاسِدِ * مُرْتَكَبُ الأَدْنَى مِنَ الْمَفَاسِدِ

“Apabila berlaku pertembungan di antara kemaslahatan, maka didahulukan maslahat yang lebih besar.

Dan lawannya, apabila bertembung keburukan-keburukan (yang banyak), maka ambillah keburukan yang paling sedikit (kecil).”

Ini adalah asas yang juga merupakan kaedah yang perlu kita praktikkan, khususnya di dalam berhadapan dengan isu yang dipersoal dan dibangkitkan, iaitu hendak memilih siapa.

Ia tidak semestinya terletak pada orang yang menggunapakai nama Islam. Sebaliknya hendaklah kita memilih pihak yang mendatangkan kemaslahatan kepada umat Islam secara khususnya dan secara keseluruhannya.

Maka pada ketika ini, menjadi satu kewajipan kepada kita untuk melakukan sesuatu, iaitu memilih pemimpin yang memberi kemaslahatan yang lebih besar atau setidak-tidaknya yang mudharatnya lebih kecil.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa di sana ada pandangan ahli ilmu yang meminta agar para pendokong Ahli Sunnah ini supaya menjauhkan diri daripada isu-isu politik kerana ia sebenarnya mendatangkan fitnah yang lebih besar daripada kebaikan yang berpanjangan.

Ini kerana sebahagian orang politik (bukan semua) hanya manis mulut pada hari-hari kempen mereka. Akan tetapi kita melihat dan kita telah maklumi apa yang berlaku setelah itu.

Wallahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman: Abu Aqif Studio

Advertisements

From → Fiqh & Syariah

5 Komen
  1. Abu Zayd permalink

    Bukan demokrasi tidak ada saje dalam Islam, bahkan Ianya haram. Knapa ustaz x sebut? Bacalah kitab Asy-Syaikh Muhammad bin Abdullah Al-Imam mengenai demokrasi dan pilihanraya. Dan seperkara lagi, terlalu daruratkah sehingga sampai kpd tahap menceburkan diri dalam sistem demokrasi? Bermula dengan alasan maslahat dan mafsadah, kemudian sedikit demi sedikit bermudah-mudah. Ittaqillah. Janganlah merosakkan lagi da’wah salaf yg sedia sukar ini, Allahul musta’an

    • Abu Zayd permalink

      Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

      (H.R. Muslim)

      • Barakallahu fik. Terima kasih atas nasihatnya. Apa pun, kita perlu berdepan dengan realiti, di mana kita telah pun berada di dalam sistem ini dan realitinya kita berdepan dengan mafsadah-mafsadah. Sama ada menyertainya atau pun tidak, kedua-duanya adalah keburukan. Maka menurut kaedah, kita harus memilih mafsadah yang lebih kecil. Meninggalkan langsung dalam keadaan kita telah berada di dalamnya akan mengakibatkan mafsadah yang lebih besar. Wallahu a’lam.

  2. sham permalink

    Saya pernah mendengar, seorang ustaz mengatakan politik adalah wajib kerana allah telah melantik nabi dan rasul menjadi khalipah.

    Saya agak keliru, Pada saya Orang yang berkusa dilantik olleh allah atas kehendaknya (denga cara yang dia aturkan)

    Sistem Demokrasi sekarang membolehkan orang baik memilih orang baik dan orang jahat memilih orang jahat. Oleh kerana orang baik sedikit, terpaksa mememinta pertoloingan orang jahat, tentulah dengan dengan janji yang sesuai dengan mereka.

    Oleh itu Demokreasi hari ini tidak Islamik, Tetapi inilah makanan didedepan kita yang terpaksa pilih, walaupun pahit

  3. Penghuni Malaya permalink

    Maka Undilah Barisan Nasional. Hanya BN yang mampu mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: