Skip to content

Lesbian dan Gay: Di mana permulaannya

Mac 21, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Romantic-autumn-daydreaming-18932448-1024-768Soalan: Di mana punca atau permulaan isu Lesbian dan Gay ini?

Jawapan:

Berbicara tentang gay dan lesbian, atau secara umumnya LGBT, sejarahnya bermula sejak zaman Nabi Luth ‘alaihissalam. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyebutkan hal ini di dalam Al-Quran Al-Karim di mana Allah berfirman kepada kaum Luth,

إنكم لتأتون الفاحشة ما سبقكم بها من أحد من العالمين

“Sesungguhnya kamu (kaum Luth) benar-benar melakukan perbuatan yang amat jijik lagi keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun makhluk di alam ini.” (surah Al-Ankabut, 29: 28)

Jadi sejarahnya bermula sejak zaman Nabi Luth ‘alaihissalam. Lelaki suka sesama lelaki, perempuan suka sesama perempuan.

Kedua, kita perlu tahu bahawasanya di dalam Al-Quran sendiri Allah tidak pernah mengiktiraf kewujudan gay dan lesbian. Yang diiktiraf oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala hanyalah perkahwinan di antara lelaki dan perempuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَآءً

“Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (Surah An-Nisa, 4: 1)

Begitu juga di dalam hadis di mana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan tentang perkahwinan,

تَزَوَّجُوْا الْوَدُوْدَ الْوَلُوْدَ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ

“Hendaklah kamu nikahi wanita yang penyayang dan mampu memberi banyak anak, kerana sesungguhnya aku (pada hari kiamat nanti) berbangga dengan umat yang ramai di hadapan umat-umat yang lain.” (Riwayat Abu Dawud dari Ma’qil bin Yasar, disahihkan oleh Syaikh Muqbil Al-Wadi’i dalam Ash-Shahihul Musnad)

Jadi pengiktirafan diberikan di dalam Islam hanya kepada perkahwinan lelaki dan perempuan. Islam tidak pernah memberikan pengiktirafan kepada Gay ataupun Lesbian, bahkan di dalam Islam ia merupakan perkara yang dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis,

إذا وجدتم من يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل والمفعول به

“Apabila kamu menemui orang yang beramal dengan amalan kaum Luth maka bunuhlah pelakunya dan yang dilakukan ke atasnya.” (Sahih. Riwayat At-Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan lain-lain)

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

One Comment
  1. Mr Fathul permalink

    Fathul Bari berpesan pada pengikut2 nya sendiri…………. syukur…!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: