Lompat ke isi kandungan

Hukum mewarnakan rambut dengan selain inai. Adakah perlu botakkan kepala?

Mac 29, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

colorful-flowers-pictures-Favim.com-504132 (1)Soalan: Ada seorang ustaz cakap, siapa yang warnakan rambut dengan selain inai kena botakkan kepala kerana mandi wajib tidak sah. Yang bertanya adalah perempuan, adakah perempuan itu kena botakkan kepalanya?

Jawapan:

Selain daripada inai, pada hari ini pewarna rambut sudah ada banyak. Ada yang berunsur dari unsur yang halal dan ada yang berunsur dari unsur yang haram.

Cuma isunya di sini, adakah sah mandi wajib ini air wajib diratakan pada rambut atau air perlu diratakan pada kepala?

Sah mandi wajib ialah air diratakan di kepala. Buktinya ada di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di mana jelas Baginda mengatakan bahawa bagi wanita yang bersanggul atau rambutnya berpintal, dia tidak perlu membuka sanggulnya jika hendak mandi wajib.

Jadi wanita itu tidak perlu mencukur kepalanya.

Tetapi jika dia mewarnakan rambut dengan pewarna yang haram, selepas ini jangan warnakan lagi dengan pewarna tersebut.

Asal pewarna rambut ada warna hitam, ada warna oren. Warna hitam asalnya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam larang. Nabi melarang khusus bagi orang yang sewajarnya pada usia tersebut telah beruban tetapi dia tidak mahu mengiktirafnya.

Melainkan kalau budak itu berumur 13 tahun tetapi rambutnya habis beruban, itu tidak kena dengan keadaannya. Adapun bagi orang yang memang sudah berusia, contohnya 30-an, 40-an, dan dia telah beruban, tidak boleh dia menghitamkan rambutnya.

Kedua, hitamkan rambut yang dibolehkan juga adalah sekiranya terlibat dalam peperangan, untuk menampakkan muda tentera-tentera Islam.

Itu pun dibahaskan disebabkan bapa kepada Abu Bakar, Abu Quhafah di dalam hadis yang boleh dibaca di dalam Riyadhus Salihin tentang hukum mewarnakan rambut, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menegurnya kerana dia datang dalam keadaan rambutnya berwarna putih.

Nabi lalu memerintahkan kepadanya,

غَيِّرُوا هَذَا بِشَيْءٍ وَاجْتَبُوا السَّوَادَ

“Ubahlah ini dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam.” (Riwayat Muslim)

Dari situ ada perselisihan. Ada yang mengatakan kalau sudah tua dan beruban tidak boleh mewarnakan rambut dengan warna hitam, hendaklah mewarnakan dengan warna oren atau coklat keoren-orenan (warna inai). Adapun warna hitam betul hanya dibolehkan bagi orang-orang muda sahaja. Itu untuk tujuan peperangan.

Walau bagaimanapun, kembali kepada soalan, orang yang mewarnakan rambut tidak perlu membotakkan kepala. Sebab asal mandi wajib itu adalah meratakan air di tubuh badan.

Begitu juga dengan menyapu kepala ketika wudhu. Yang perlu disapu adalah kepala, tetapi kenapa kita menyapu rambut adalah sebab rambut berada di atas kepala. Bukan tujuannya menyapu rambut. Kalau orang yang memang botak dan tidak ada rambut, adakah dia tidak boleh wuduk kerana tidak ada rambut?

Yang betul yang perlu disapu (ketika wuduk) adalah keseluruhan kepala, bukan menyapu tiga helai rambut, atau menyapu rambut sampai ke hujungnya. Kita bukan disuruh menyapu rambut tetapi kita disuruh menyapu kepala.

Begitu juga mandi wajib, kita hanya perlu meratakan air di kepala. Jika bersanggul, sanggul itu tidak perlu dibuka, cukup sekadar meratakan air di atasnya.

Wallahu a’lam.

 

From → Fiqh & Syariah

5 Komen
  1. Saya permalink

    Saya pelik kenapa ustaz selalu hentam antara satu sama lain. Sebelum ini saya tidak berminat untuk belajar agama. Tapi pendekatan UAI membuatkan saya minat dalam menjalankan kehidupan sebagai seorang yang beragama islam. UAI atau UFB dua-dua seorang penceramah yang hebat yang tidak dapat disangkal lagi. Dua-dua memberi ceramah agama dengan tujuan untuk memberi tunjuk ajarnkepada mereka yang tidak tahu. Jadi usahlah menghentam antara satu sama lain.

    • [admin]: Afwan, UFB hanya menjawab soalan orang yang bertanya kepadanya. Tidak kami melihat beliau menghentam sesiapa di dalam jawapannya di atas. Harap dapat memberi komen yang adil, barakallahu fika.

  2. Azizah permalink

    Assalamualaikum ustaz,

    saya tidak faham maksud ustaz dimana ustaz kata bagi wanita yang bersanggul atau rambutnya berpintal, dia tidak perlu membuka sanggulnya jika hendak mandi wajib.

    Tetapi bukannya rambut itu harus dibilas semasa mandi wajib kalau tidak ia tidak sah ??
    Setahu saya seluruh anggota badan harus dibilas kan ??
    N when kita dye our hair the color coats our original hair color jadi does this still mean solat dan mandian wajib saya sah ??

  3. Kodi permalink

    mohon pencerahan dari ustaz, saya remaja lelaki berusia 19 tahun. dan rambut saya mula beruban sekitar umur 14-15 tahun. dan saya menggunakan inai hitam jenama HENNA bagi menghilangkan uban. dengan umur yang masih muda, ia menghalang keyakinan diri apabila beruban. dan saya menggunakan alternatif yang ada untuk menggunakan inai HENNA. apa hukumnya?

  4. Assalamualaikum ustaz,

    saya nak tanya . adakah sah solat jika rambut berwarna dan dihitamkan semula dengan inai ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: