Lompat ke isi kandungan

Waspada Gerakan Usrah/Halaqah yang Mentafsir ayat Al-Quran sesuka hati

April 4, 2013

Ustaz Fathul  Bari Mat Jahya

Jangan kita terpengaruh dengan orang yang membawa ayat-ayat Al-Quran kemudian mentafsirkan dan menjelaskan maksudnya dengan sesuka hati mengikut perkiraan akal mereka. Umat Islam harus berhati-hati dengan kelas pengajian tafsir yang seperti ini.

Mereka membuka Al-Quran terjemahan, contohnya membaca terjemahan surah Al-Fatihah. Kemudian mereka menjelaskan maksud dan faedah dari surah dan ayat tersebut mengikut logik dan pemahaman mereka sendiri.

Sedangkan ada metodologi dan kaedah yang perlu diikuti di dalam pentafsiran Al-Quran. Antara cara yang diguna pakai dalam mentafsirkan Al-Quran dipanggil Tafsir bil maktsur (tafsir dengan riwayat/dalil), iaitu mentafsirkan Al-Quran dengan ayat Al-Quran yang lain, disusuli dengan mentafsirkan Al-Quran dengan Hadis, perkataan Sahabat Nabi dan disusuli perkataan Tabi’ut Tabi’in.

Tetapi mereka mentafsirkan Al-Quran mengikut akal mereka sendiri atau perkataan manusia lain yang bukan dari kalangan yang disebutkan di atas.

Antara kitab tafsir yang baik sebagai rujukan

Antara kitab tafsir yang baik sebagai rujukan

Wujud di sana kitab tafsir yang baik seperti Adhwa-ul Bayan fi Taudhih Al-Quran bi Al-Quran disusun olehS yaikh Al-‘Allamah Muhammad Al-Amin Al-Syanqiti yang membuat tafsir menjelaskan ayat Al-Quran dengan ayat Al-Quran. Tafsir Ibnu Katsir yang agak terangkum; bermula dengan penjelasan dari ayat Al-Quran, penjelasan darihadis, perkataan para Sahabat dan Tabi’ut Tabi’in dan kesimpulan beliau.

Tafsir Al-Quran tidak boleh dibuat secara semberono dan sesuka hati, Al-Quran tidak boleh ditafsir mengikut keadaan kita. Sebab itu Abu Bakar As-Siddiq radhiyallahu anhu apabila ditanya tentang tafsiran perkataan ‏أبّا (abbaa) di dalam Al-Quran dia lantas berkata,

أي سماء تظلني وأي أرض تقلني إذا قلت في كتاب الله ما لا أعلم

“Langit mana yang hendak melindung aku dan bumi mana yang hendak menerima aku jika aku berkata sesuatu yang tidak aku ketahui dari kitab Allah.”

Tetapi dukacitanya, ada sebahagian orang pada hari ini dilihat begitu senang membuka Al-Quran dan mentafsirkannya mengikut pemahamansendiri. Sebab itu penting ke atas umat Islam mempelajari dan mengetahui metodologi untuk kita memahami ayat Al-Quran.

Wallahua’lam

Advertisement
2 Komen
  1. Assalammualaikum ustd..
    Saya telah ditanya oleh seseorang berkaitan ‘Kerajaan Roh’ dan saya telah memberi jawapan dalam blog saya kalimah-suci.blogspot.com berdasarkan dalil al-Quran dan hadis. Saya harap ustaz dapat memberi ulasan terhadap jawapan saya mengenai Kerajaan Roh itu. Saya juga harap ustaz memberi sedikit penjelasan mengenai perkara itu. Terima kasih

  2. Assalamualaikum ustaz

    Bagaimana nak draw the line antara tadabbur quran dan tafsir quran sesuka hati? terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: