Skip to content

Hari Valentine: Kekalkan budaya Islam dalam berkasih sayang, jauhi budaya Barat

April 7, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

631762115Soalan: Sebahagian umat Islam sendiri turut menyambut Hari Valentine kononnya untuk memperbaharui rasa cinta. Boleh Ustaz ulas serba ringkas tentang sejarah Hari Valentine?

Jawapan:

Untuk menceritakan sejarah awal Hari Valentine, saya kira ramai telah maklum perkara tersebut. Apa yang boleh disimpulkan, hari Valentine bukan datang dari acuan Islam.

Kedua, di sana ada unsur-unsur kepercayaan, kerana berdasarkan sejarahnya, ia berasal dari ajaran orang Kristian, maksudnya ia dipelopori oleh orang-orang yang beragama Kristian, dan ia telah menjadi kepercayaan, adat dan budaya mereka.

Kalau kita lihat dari satu perspektif, Islam melarang kita menyerupai agama lain. Islam melarang kita menyerupai budaya-budaya lain yang wujud di sana kepercayaan.

Kita ambil contoh mudah seperti pakaian. Di dalam Islam, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam juga memakai seluar tetapi di luarnya Baginda memakai baju labuh seperti jubah. Pada hari ini kita memakai seluar. Adakah dengan kita memakai seluar, kita telah menyerupai budaya orang kafir atau Barat? Tidak, kerana tidak ada unsur keagamaan atau kepercayaan padanya.

Adapun isu Valentine, ada padanya unsur kepercayaan dan agama kerana ia membabitkan perayaan. Perayaan dan sambutan di dalam Islam adalah ibadat.

Hari Valentine dilakukan atas dasar cinta yang terlampau. Di dalam Islam, tidak menjadi masalah untuk kita berkasih sayang dengan isteri atau suami kita. Sedangkan Valentine adalah sambutan hari kekasih dalam erti kata yang luas; sama ada suami isteri atau yang belum berkahwin. Kebiasaannya yang menyambut adalah orang yang belum berkahwin.

Apabila wujud di sana hubungkait Hari Valentine dengan amalan seseorang Muslim, ia secara langsung atau tidak langsung telah menyerupai amalan yang dibudayakan oleh orang kafir dan ianya dilarang di dalam Islam. Hukumnya haram.

Soalan: Apakah langkah kerajaan dan Ulama untuk mengurangkan sambutan Hari Valentine terhadap remaja Islam memandangkan menyambutnya adalah dosa. Apa pendapat Ustaz tentang TV dan media elektronik yang mempromosikan Hari Valentine ini?

Jawapan:

Langkah yang kami ambil sebagai Ilmuwan, kami memberikan maklumat dan hukum. Adapun masyarakat hendak menerimanya ataupun tidak, itu pilihan mereka.

Adapun kepada pihak kerajaan, mungkin kita boleh mencadangkan kepada mereka supaya iklan dan sambutan secara terang-terangan tidak dibenarkan atau tidak diberikan sokongan.

Sebab apabila perkara yang bercanggah dengan Islam diagungkan atau diangkat dan disokong, bererti kita sebenarnya telah membuka ruang untuk orang melakukan kemaksiatan.

Begitu juga dengan Hari Valentine, lebih-lebih lagi para Ulama di Timur Tengah secara khususnya telah bersepakat di dalam isu ini, iaitu sambutannya adalah haram.

Soalan: Ada orang mengatakan tidak haram jika kita melakukan sesuatu dengan niat baik.

Soalan:

Kita kena ingat bahawasanya niat yang baik tidak semestinya membawa kepada amalan yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sebagai contoh, salat. Niat kita baik iaitu salat kerana Allah. Tetapi kita tidak salat seperti mana yang dituntut di dalam Syarak, seperti berwuduk, mengadap kiblat, bertakbir dan sebagainya. Ataupun kita sengaja menambah bilangan rakaat dengan alasan niat kita baik dan ikhlas kerana Allah.

Robin Hood yang berniat baik mencuri kerana ingin membantu golongan-golongan miskin. Tetapi jika dilihat tindakan itu dari sisi Islam, apakah tindakan itu dibolehkan atau tidak? Bolehkah kita mencuri dengan niat hendak bersedekah? Tidak boleh walaupun niatnya baik.

Jadi tidak boleh menjadikan hujah setiap niat yang baik maka amal itu juga baik.

Begitu juga dengan Hari Valentine, tidak perlu kita mengikuti budaya kafir untuk berkasih sayang, sebaliknya kita kekal dengan budaya Islam, iaitu bagaimana Islam memupuk kasih sayang setiap hari, bagaimana Islam menjadikan rumah itu sebagai tempat asas untuk berkasih sayang.

Soalan: Apa cadangan ustaz untuk kita menyedarkan remaja bahawa Hari Valentine ini sebenarnya tidak ada di dalam Islam?

Jawapan:

Saya cadangkan pertama sekali kita buat kempen memberi penjelasan tentang apa itu Hari Valentine.

Kedua, sediakan alternatif kepada mereka. Bagaimana berkasih sayang menurut Islam. Islam tidak pernah melarang untuk berkasih sayang, tetapi ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

Baru-baru ini saya berbual dengan seorang rakan. Katanya, dia ada seorang kawan yang banyak membuat maksiat, antaranya dia meminum arak.

Tetapi pada suatu hari apabila dia keluar dari Pub, dia melihat anjing dan anjing itu datang dekat dengannya, dia mengatakan anjing itu haram, dia kena samak.

Sedangkan tadi dia baru sahaja meminum arak. Arak pun haram. Tetapi mengapa dia takut sangat dengan anjing? Kerana ianya telah dibudayakan. Sentimen dan budaya masyarakat kita menekankan bahawa anjing adalah haram, tidak boleh disentuh dan sebagainya. Apabila ianya dibudayakan, orang tidak suka dan menjauhinya.

Begitu juga, penjelasan perlu diberikan kepada anak-anak muda agar mereka membudayakan kasih sayang menurut cara Islam, dengan cara itu mereka akan merasa ganjil dengan budaya kasih sayang yang dipupuk melalui Hari Valentine.

Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: