Skip to content

Komen terhadap perbuatan Nik Aziz yang rajin menilai amal ibadah orang Umno

April 15, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Colorful_wallpaper_by_AlessioRadiceBaru-baru ini ada pimpinan Pas menyebut salat orang Umno tidak diterima, orang Umno buat masjid tidak ikhlas maka Allah tidak terima juga. Kemudian yang terbaru, kalau Nabi masih hidup, Nabi pasti akan menentang Umno, atau sebaliknya.

Saya hendak jawab satu persatu. Kalau dia mengatakan solat seseorang itu tidak diterima, itu menunjukkan bahawa orang itu kafir. Walaupun dia tidak sebut kafir, tetapi apabila dia menyebut bahawa solat engkau Allah tidak terima, bererti secara langsung atau tidak langsung dia telah menghukum orang itu kafir.

Mengapa tiba-tiba mengatakan solat orang Umno tidak diterima? Mereka mengatakan Umno tolak Islam. (Tolak Islam = Kafir). Di mana Umno tolak Islam?

Apabila bangkit isu yang seperti ini; contohnya solat. Sabda Nabi di dalam hadis,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah salat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, An Nasa-i, Ibnu Majah. Dinilai sahih oleh Syaikh Al Albani)

Maknanya salat itu adalah asas yang terpenting setelah akidah. Rukun Islam yang kedua, setelah La Ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah adalah salat. Maka jangan main-main kita menghukum solat orang diterima atau tidak diterima.

Kedua, dia mengatakan Umno buat masjid tidak ikhlas dan tidak diterima oleh Allah. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,

( مَنْ بَنَى مَسْجِداً يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللهِ بَنَى اللهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ ) وفي رواية لمسلم: ( بَيْتاً فِي الْجَنَّةِ )

“Barangsiapa membina masjid kerana mengharap wajah Allah maka Allah akan membina untuknya yang semisalnya di dalam Syurga.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Dan dalam riwayat Muslim disebutkan dengan lafaz: “Sebuah rumah di dalam syurga.”

Dalam riwayat yang lain Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

( مَنْ بَنَى للهِ مَسْجِداً وَلَوْ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتاً فِي الْجَنَّةِ )

“Barangsiapa membina sebuah masjid kerana Allah walau sebesar sarang burung atau lebih kecil dari itu, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam Syurga.” (Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’).

Mereka mengatakan Umno tidak ikhlas. Kita tahukah orang itu ikhlas atau tidak ikhlas? Ikhlas adalah isu hati manusia. Kita berhak untuk menasihati manusia supaya ikhlas. Tetapi untuk menghukum orang tidak ikhlas, itu bukan kerja kita.

Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu merupakan cucu kesayangan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau merupakan anak kepada Zaid bin Haritsah dengan Ummu Aiman. Dalam hadis riwayat Muslim Usamah bin Zaid menceritakan,

بعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في سرية. فصبحنا الحرقات من جهينة. فأدركت رجلا. فقال: لا إله إلا الله. فطعنته فوقع في نفسي من ذلك. فذكرته للنبي صلى الله عليه وسلم. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم” أقال: لا إله إلا الله وقتلته؟” قال قلت: يا رسول الله! إنما قالها خوفا من السلاح. قال” أفلا شققت عن قلبه حتى تعلم أقالها أم لا”. فما زال يكررها علي حتى تمنيت أني أسلمت يومئذ.

Kami pernah diutuskan Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam dalam satu pasukan perang. Lalu kami sampai di Al-Huruqaat, daerah Juhainah pada waktu subuh. Maka aku temukan seorang lelaki (dari pihak musuh). Dia mengucapkan Laa ilaha illallaah, lalu aku pun menikamnya. Kemudian aku sampaikan hal itu kepada Nabi sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Baginda sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apakah dia telah mengucapkan Laa ilaha illallaah lantas engkau tetap membunuhnya ?” Aku berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia hanya mengucapkannya kerana takut terhadap hunusan pedang”. Baginda bersabda : “Tidakkah engkau belah hati orang tersebut sehingga engkau mengetahui apakah hatinya mengucapkannya atau tidak ?” Baginda terus-menerus mengucapkannya kepadaku hingga aku berangan-angan aku baru masuk Islam pada hari itu” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mengapa tidak engkau belah hatinya dan lihat hatinya sehingga engkau menghukumnya tidak ikhlas? Bermakna Nabi melarang kita menghukum niat-niat manusia. Nabi melarang kita menghukum keikhlasan niat-niat manusia.

Dia buat masjid, biarkan dia buat masjid. Kita doa agar dia ikhlas kepada Allah. Bukan kita bersangka buruk dan mengatakan dia tidak ikhlas membina masjid. Tidak boleh menghukum manusia seperti itu.

Saya beri lagi beberapa contoh dari hadis Nabi. Kisah perempuan pelacur tua, di mana masyarakat sekelilingnya menghinanya kerana dia pelacur. Siapa tahu bahawa dia rupa-rupanya menjadi ahli Syurga. Sahabat Nabi bertanya mengapa dia menjadi ahli Syurga? Kerana dia memberi minum seekor anjing.

Jadi jangan kita main menghukum orang, ibadat orang itu tidak diterima, ibadat orang ini tidak diterima. Kita sepatutnya melihat pada diri sendiri, amal ibadat kita, salat kita, zakat kita, puasa kita, haji kita. Jauhi penyakit dan sindrom menghukum orang.

Begitu juga kisah yang berlaku di zaman Bani Israil di mana Nabi menceritakan kepada kita agar kita semua mengambil pengajaran. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,

كان رجلان في بني إسرائيل متواخيين ، فكان أحدهما يذنب ، والآخر مجتهد في العبادة ، فكان لا يزال المجتهد يرى الآخر على الذنب ، فيقول : أقصر ، فوجده يوماً على ذنب ، فقال له : أقصر . فقال : خلني وربي ، أبعثت علي رقيباً ؟ فقال : والله لا يغفر الله لك ، أو لا يدخلك [الله] الجنة فقبض أرواحهما ، فاجتمعا عند رب العالمين ، فقال لهذا المجتهد : أكنت بي عالماً ؟ أو كنت على ما في يدي قادراً ؟ وقال للمذنب : اذهب فادخل الجنة برحمتي ، وقال للآخر : اذهبوا به إلى النار

“Dahulu ada dua orang laki-laki bersaudara dari kalangan Bani Israail. Salah seorang di antara mereka sering berbuat dosa dan yang lain rajin beribadah. Orang yang rajin beribadah sentiasa melihat saudaranya melakukan dosa, dan dia pun berkata : ‘Berhentilah (berbuat dosa)’. Pada satu hari, dia kembali mendapatkannya sedang berbuat dosa, maka dia berkata : ‘Berhentilah’. Orang yang berbuat dosa itu berkata : ‘Tinggalkanlah aku bersama Rabbku. Apakah engkau diutus sebagai orang yang selalu mengawasiku ?’ Dia (yang rajin beribadah) pun berkata : ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengampunimu’ – atau dia berkata : ‘Allah tidak akan memasukkanmu ke dalam syurga. Lalu Allah mewafatkan mereka berdua dan kemudian berkumpul di sisi Rabbul-‘Aaalamiin (Allah). Allah berfirman kepada orang yang rajin beribadah : ‘Apakah engkau mengetahui tentang Aku? Ataukah engkau mempunyai kemampuan atas apa-apa yang ada di tangan-Ku ?’ Allah berfirman kepada orang yang berbuat dosa : ‘Pergi dan masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat-Ku’. Dan kemudian berfirman kepada yang lain (rajin beribadah) : ‘Giringlah ia ke dalam neraka’. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)

Apa pengajaran dari hadis ini? Pengajarannya bukan boleh buat maksiat, pengajaran dari hadis ini adalah larangan kita menghukum orang. Larangan kita terlibat dalam menilai ibadat orang. Itu pengajaran dari hadis ini. Tetapi sekarang ini ada pihak yang sibuk menilai solat orang, haji orang, masjid orang buat dan sebagainya, apa semua ini?

Kemudian ada yang mengatakan kalau Nabi ada Nabi akan lawan Umno. Nabi bukan akan lawan Umno, tetapi Baginda akan menentang kebatilan tidak kira kebatilan yang ada pada mana-mana pihak. Nabi akan menentang semua kebatilan. Adakah dalam Pas tidak ada kebatilan? Di dalam Pkr tidak ada kebatilan? Dalam Dap tidak ada kebatilan?

Semua ada kebatilan kalau namanya manusia, tidak terlepas dari salah dan silap. Sebab itu saya selalu tekankan, jangan gunakan agama untuk kepentingan politik. Jangan menjual agama, jangan menjual Syurga dan Neraka. Yang menjual Syurga dan Neraka hanya Dajjal sahaja, seperti mana yang disebut di dalam hadis.

Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: