Skip to content

Calon Syiah bertanding PRU13

April 16, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Picture-of-Colorful-Desktop-WallpaperSoalan: Di Kedah ada banyak Syiah. Katanya ada seorang tokoh juga akan bertanding di Kedah dan dia adalah Syiah. Apa pendapat Ustaz?

Jawapan:

Bab Syiah ini satu hal. Kita jangan ingat Syiah ini beza mazhab sahaja. Masalah kita, kita ingat Syiah ini perbezaan mazhab. Syiah bukan perbezaan mazhab. Ia adalah beza agama. Agama Syiah berlainan dengan agama Islam, mereka bukan orang Islam.

Orang yang kafirkan sahabat Nabi, kafirkan Abu Bakar, Omar, Osman, Muawiyah, Aisyah, mereka kata semua ini masuk Neraka Jahannam. Quran mereka lain, ada 17,000 ayat, Quran kita ada 6,236 ayat. Mereka mengatakan Al-Quran kita tidak lengkap.

Mereka mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan Sabda Nabi sallallahu’alaihi wasallam,

لا تَسُبُّوا أصحابي، فلو أنّ أَحدَكُم أنفقَ مِثلَ أُحُدٍ ذَهَبا ما بَلَغَ مُدَّ أحَدِهمْ ولا نَصيفَه

“Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku, kalau sekiranya salah seorang di antara kalian bersedekah emas sebesar gunung Uhud, hal itu tidak akan sama dengan sedekah yang mereka keluarkan seberat satu mud, tidak pula separuhnya.” (Muttafaq ‘alaihi)

Hebat kedudukan sahabat Nabi. Melalui mereka Al-Quran sampai kepada kita, ia adalah idea Omar, kemudian Abu Bakar melaksanakannya, kemudian Utsman menyusun mushaf yang kita baca sampai ke hari ini. Tiba-tiba mereka ini dikafirkan semuanya oleh puak-puak Syiah.

Mana sensitiviti kita? Kalau orang kata kita kafir pun kita marah. Ini sahabat Nabi Abu Bakar yang sejarahnya berhijrah dengan Nabi terdapat di dalam Al-Quran dikatakan kafir oleh Syiah. Omar dikatakan kafir oleh Syiah sedang Nabi mengatakan, “Kalau ada Nabi selepas kewafatanku, orang itu adalah Omar.”

Bab-bab lain seperti bab kahwin mut’ah, kahwin kontrak, solat 3 waktu sahaja satu hari (solat dijamakkan semua), banyak lagi perbezaan fiqh mereka yang sesat. Cuma mereka tidak tonjolkan fahaman mereka secara jelas, sebab mereka melihat pada majoriti di sekeliling mereka.

Kerana apa, kerana agama mereka agama pembohong. Agama mereka mengajar supaya berbohong. Sebab itu Imam Asy-Syafi’I berkata,

أكذب أهل الأرض هم الرافضة، ما رأيت أحداً أكذب من الرافضة

“Penduduk bumi yang paling pendusta adalah puak Syiah Rafidhah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih pendusta daripada puak Syiah Rafidhah.”

Itu yang ramai yang ada di Malaysia. Syiah yang hendak menjadi calon masuk bertanding di Kedah pun ramai. Mengapa mereka masuk parti politik? Kerana di dalam akidah mereka, di dalam rukun Islam mereka ada “Al-Wilayah” iaitu Kuasa.

Tanpa kuasa, tidak sah praktik agama mereka. Mesti ada kuasa. Sebab itu mereka sibuk masuk parti politik. Dan kita kena kesan perkara ini. Jangan bagi masuk seorang pun Syiah dalam Umno.

Jangan bagi Syiah masuk kerana mereka ini akan merosakkan.

Lihat apa yang berlaku di Iran, di Iraq. Setelah jatuh Saddam, naik puak Syiah. Apa yang berlaku di Bahrain, 70% puak Syiah hendak menjatuhkan Raja Bahrain. Apa yang berlaku di Syria pada hari ini, Bashar Assad pemimpin Syiah membunuh Ahli Sunnah setiap hari. Apa yang berlaku di Lubnan, mereka telah mengambil pemerintahan di Lubnan dengan membunuh Rafiq Hariri.

Ini gerakan Syiah di peringkat dunia. Mereka nampak orang Asia ini lembut, mereka masuk secara halus ke negara kita. Menawarkan anak-anak muda mereka yang handsome hidung mancung. Masalah kita, kita hanya lihat pada zahir, kita tidak melihat pada akidah kepercayaannya sedangkan dia membawa agama yang berbeza.

Syiah bukan isu kecil. Di peringkat dunia, guru saya orang Kurdistan. Kurdistan ini orang di Iraq. Dulu Saddam bunuh orang-orang Kurdi, keturunan dan bangsa mereka, Saddam hantar bom beracun sampai mati beratus ribu orang termasuk keturunan dan keluarga guru saya. Guru saya sangat membenci Saddam. Tetapi sekarang ini kata guru saya, apabila Syiah mengambil alih Iraq, lebih teruk daripada Saddam. Sebab tiap-tiap hari mereka membunuh ahli Sunnah.

Sebab itu kita pelik, TG Haji Abdul Hadi ketika ditanya isu Syiah di Syria, pendapatnya tentang Basyar Asad, katanya Basyar Asad perlu berundur. Tetapi yang di sebelahnya? (Mat Sabu).

Mat Sabu beberapa tempoh sebelum Muktamar Pas dia pergi mana? Dia pergi menziarah kerajaan Syria. Dia pergi berjumpa dengan menteri agama Syria di mana mereka ini menyokong Syiah. Mat Sabu memuji kerajaan Syria.

Isu Syiah ini bukan isu kecil yang boleh sembunyi-sembunyi. Isu Syiah adalah isu serius yang kerajaan pada hari ini sedang pantau secara serius kerana orang Iran yang sedang bermastautin dalam negara kita ada 200 ribu lebih. Dulu kerajaan mungkin tidak perasan. Tetapi apabila melihat pada pendekatan mereka, mereka mula tonjolkan kitab-kitab mereka, hauzah mereka, kumpulan-kumpulan zikir sambil memaki dan mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi dan sebagainya, maka kerajaan mula memberikan perhatian yang serius.

Mereka meminta masjid untuk mereka sendiri di Kuala Lumpur, sebab jumlah mereka telah ramai. Tetapi kerajaan kita tidak bagi, menteri kita tidak bagi. Mereka datang bertemu kerajaan minta dibebaskan penganut-penganut Syiah yang ditangkap. Alhamdulillah kerajaan kita tidak izinkan. Dan selepas ini akan lebih tegas lagi tindakan-tindakan yang akan diambil ke atas mereka. Cuma berikan sokongan kepada kita dan insyaAllah kita akan pastikan golongan-golongan Syiah akan diusir daripada negara.

Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: