Lompat ke isi kandungan

Melayu Jangan Berpecah; Bersatu Teguh Bercerai Roboh

April 16, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

190362_367773616639258_1656173792_n (1)Sekarang ini orang Melayu sibuk berpecah. Melayu di negara ini ada lebih kurang 60%. Daripada 60% ini berpecah kepada parti A, parti B, parti C dan kumpulan-kumpulan lain lagi. Orang Cina dalam negara kita hampir 30%. Diikuti orang India, dan seterusnya agama-agama yang lain.

40 orang paling kaya di Malaysia yang tersenarai dalam majalah Forbes, 27 orang daripadanya adalah orang cina. Saya bukan kata jangan bagi mereka kaya. Tidak mengapa mereka kaya. Tetapi saya hendak muhasabah kita orang Melayu yang tidak sudah-sudah duduk bertengkar sesama sendiri. Siapa di kalangan kita yang kaya?

Kita orang Melayu yang mewakili 51% rakyat Malaysia, kita hanya ada 8 orang kaya sahaja. Cina yang mewakili 27% rakyat dalam negara ini ada 27 orang kaya. Orang India yang mewakili hanya beberapa peratus dalam negara ini ada 5 orang kaya.

Jadi di mana kedudukan kita? Macam-macam sudah kerajaan berikan kepada orang Melayu, subsidi itu subsidi ini, bantuan itu bantuan ini. Kerja orang melayu ialah meminta. Apabila minta tak dapat, lompat masuk parti lain pula.

Itu penyakit orang kita, tidak ada nilai dan erti kesyukuran. Kerja kita hanya mengharap. Perkara ini perlu untuk kita muhasabah. Perlu untuk kita periksa semula diri kita.

Kita asyik bertanya apa yang kerajaan beri kepada kita. Pernahkah kita bertanya apa tanggungjawab kita sebagai rakyat kepada pemimpin dan negara.

Sebab itu, Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu apabila orang mengkritiknya pada zaman pemerintahannya, di mana pada zamannya berlaku peperangan Siffin, Jamal, dan ini semua adalah peperangan yang besar mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

Orang bertanya kepadanya, mengapa zaman pemerintahannya tidak seperti zaman pemerintahan Abu Bakar dan Omar? Jawab Ali radhiyallahu ‘anhu,

“Ketika pemerintahan Abu Bakar dan Omar, aku adalah rakyatnya, tetapi pada zaman pemerintahanku, kalian adalah rakyatnya.”

Jadi pemerintahan sangat memerlukan kepada kerjasama antara rakyat dan pemimpin. Pemimpin perlu tunaikan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahu-bahu mereka. Rakyat juga kena tunaikan tanggungjawab mereka terhadap pemimpin dan negara.

Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

One Comment
  1. Razman Yahaya permalink

    Siapa yang akan mulakan persatuan Pas dan Umno?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: