Skip to content

Amanat Haji Hadi tidak sesuai dibincangkan lagi kerana telah mansuh

April 17, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

amanat-683x1024Soalan: Minta komen Ustaz tentang isu kafir mengkafir dalam amanat haji Hadi

Jawapan:

Sebenarnya amanat Haji Hadi ini sudah tidak relevan lagi sekarang, sudah tidak sesuai untuk kita bicarakan dan bincangkan. Sebenarnya amanat ini secara langsung atau tidak langsung ia telah dimansuhkan dengan amanat baru mereka, iaitu kerjasama dengan Dap.

Sebab dalam amanat itu mengatakan haram berkerjasama dengan orang bukan Islam. Dalam amanat itu mengatakan haram mempertahankan perlembagaan kafir. Tetapi pada hari ini dalam perjanjian mereka dengan Dap dan Pkr mengatakan bahawa mereka pertahankan perlembagaan yang sedia ada. Sedangkan dulu mereka kata perlembagaan itu kafir.

Sebab itu saya kata secara langsung atau tidak langsung, amanat itu sudah tidak boleh pakai lagi. Cuma sampai hari ini kita tunggu di mana suara mereka mengatakan amanat itu sudah tidak dipakai dan sekarang mereka menggunakan amanat yang baru. Itu sahaja yang mereka tidak sebutkan sampai ke hari ini.

Sebenarnya isu amanat ini bukan Umno yang bangkitkan dalam setahun dua tahun kebelakangan ini. Yang membangkitkan isu amanat Haji Hadi ini adalah Cikgu Non, iaitu orang Pas yang berjuang isu Memali, yang hendak memperjuangkan anak-anak dan keluarga mangsa Memali. Dia orang Pas tegar. Dia menulis buku tentang amanat Haji Hadi; Kafirkah aku?

Apabila dia menulis buku itu, isu amanat Haji Hadi menjadi besar semula. Dan orang Umno pun membawanya ceramah sana sini, sebab dia menjelaskan bagaimana kesan amanat Haji Hadi itu pada dirinya, sehinggakan dia memasukkan Tun Mahathir Mohamed sebagai salah seorang yang disenaraikan untuk dibunuh.

Ini yang diakuinya sendiri, ketika dia bersama dengan Nik Abduh, anak kepada TG Nik Aziz. Yang terakhir saya bertemu dengannya adalah beberapa bulan lepas ketika program di UiTM Sungai Petani bersama dengan Tun Mahathir yang memberikan ucaptama, kemudian kami berforum dan seterusnya Cikgu Non bercakap.

Pada ketika itu di dalam majlis dia menceritakan bahawa dia menelefon Nik Abduh yang merupakan kawannya, mereka menyenaraikan nama-nama orang yang perlu dibunuh antaranya yang pertama Fernandez (telah mati), kedua Karpal Singh tetapi mereka tidak sempat membunuh Karpal Singh kerana mereka ditangkap masuk ISA, dan ketiga Tun Mahathir.

Mereka menyenaraikan nama di atas kerana nama-nama ini adalah orang yang tolak Islam. Itu mentaliti mereka hasil daripada amanat Haji Hadi. Jadi Cikgu Non bertanya kepada Nik Abduh, kenapa bapa Nik Abduh pergi kepada Karpal Singh, sedangkan Karpal Singh masuk dalam senarai orang yang hendak dibunuh? Jawapan Nik Abduh, ini politik. Wallahu a’lam, itu cerita Cikgu Non.

Apa yang hendak saya katakan di sini, betapa amanat tersebut memberikan kesan yang negatif. Cuba tengok semula video Memali. Bagaimana amanat Haji Hadi itu digantung besar di depan pondok. Kesannya adalah mengkafirkan. Walaupun TG Haji Hadi tidak menyebut secara langsung bahawa Umno kafir tetapi kesannya difahami oleh orang-orang di bawahnya.

Kesannya orang tidak solat di belakang orang Umno, orang tidak makan sembelihan orang Umno, tidak pergi ke majlis-majlis orang Umno. Mengurus jenazah pun mereka tidak pergi. Di Kelantan sampai hari ini masih ada orang Pas yang mencabar tidak akan mengurus jenazah orang Umno.

Walaupun ianya kes terpencil, tetapi ia masih berlaku disebabkan pemikiran kafirkan orang. Jadi jangan terlibat dalam isu dan hal yang seperti ini. Sabda Nabi di dalam hadis,

﴿ لا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلا بِالفُسُوقِ ، وَلا يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ إلا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ ، إنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ ﴾

“Tidaklah seseorang itu menuduh seorang yang lain sebagai fasik, dan tidaklah dia menuduhnya kafir melainkan ia (kekufuran itu) akan kembali semula kepadanya sekiranya orang yang dituduh tidak sebegitu.” (Riwayat Bukhari)

Jadi kita jangan terlibat dalam hal yang seperti itu. Cukuplah, hentikanlah kafir mengkafir kerana ia sebenarnya memutuskan persaudaraan dan menyebabkan perpecahan.

Jadi amanat Haji Hadi ini sebenarnya sudah tidak relevan dan tidak rasional, cuma kita berdukacita sebab dia sendiri masih belum menarik balik amanat tersebut secara rasmi, menyebabkan masih berlaku perkelahian, perpecahan dan pertembungan sampai ke hari ini.

Saya membaca penjelasannya berkaitan amanat tersebut, saya melihat penjelasan itu bukan penjelasan yang bersifat ilmiah, ia lebih kepada hal-hal politik. Contohnya seperti kenyataan TG Nik Abdul Aziz ketika dia menjelaskan dakwaannya bahawa Umno murtad. Dia mengatakan bukan orang Umno murtad tetapi parti yang murtad. Sedangkan mana mungkin ada parti Umno kalau tidak ada orang Umno?

Maka kesimpulannya, jangan hukum orang. Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=kUlCMLkTfB4

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: