Skip to content

Gagasan 1Malaysia menjaga & memelihara hak Agama

April 17, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

1-malaysiaGagasan 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri ruangannya sangat luas, cuma sejauh mana kita hendak isikannya. Islam, kepentingan Islam, hak-hak Islam di situ sudah ada. Bahkan manifesto, janji-janji Umno dan Barisan Nasional untuk PRU yang akan datang ini kalau menang, banyak hal-hal ehwal yang berkaitan agama Islam yang akan diberikan dan akan dilaksanakan.

Bahkan wujud cadangan dan rencana untuk menjadikan Jakim sebagai kementerian yang berasingan, bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kemudian ada cadangan untuk Menteri Agama-agama lain.

Orang bertanya kenapa kita hendak tubuhkan semua ini? Ini bertujuan untuk pengawalan, supaya hal ehwal agama dapat disusun secara sistematik. Kita tidak mahu berlaku pertumbuhan gereja sesuka hati, dan orang bukan Islam kena tahu bahawa dalam negara ini, di Malaysia, Islam adalah Agama Negara (Agama Persekutuan).

Ini yang hendak kita fahamkan kepada orang bukan Islam, bahawa mereka ada sekatan-sekatannya. Mereka tidak boleh hendak berdakwah agama mereka ikut suka. Orang Islam boleh berdakwah agama Islam kepada orang lain, tetapi orang bukan Islam tidak boleh berdakwah agama mereka kepada orang Islam.

Mereka berhak mempraktikkan agama mereka, mereka berhak menyebarkan agama mereka sesama mereka, tetapi mereka tidak boleh menyebarkannya kepada orang Islam. Sebab itu kita perlu kementerian khusus untuk mengawal selia gerakan-gerakan agama ini.

Jangan main-main dengan gerakan Kristianisasi, yang telah mengkristiankan berapa ramai orang Islam sekarang. Mereka bergerak di merata tempat, menterjemahkan Bible ke dalam Bahasa Melayu dan menggunakan kalimah Allah di dalamnya. Mereka menyebarkan di Pulau Pinang, memberikan kepada budak-budak yang keluar dari kawasan sekolah.

Ada orang kata, “Takkan tak boleh beza Bible dengan Al-Quran”. Kalau orang cerdik, tidak ada masalah. Kalau sekiranya orang boleh jadi pengikut kepada gerakan Ayah Pin, Rasul Melayu, tidak mustahil orang boleh peluk Kristian. Kalau ajaran yang mengajak beriman kepada Ayah Pin, Rasul Melayu pun orang ikut.

Ini yang saya pelik, sikap kita sendiri yang membawa kepada perpecahan di kalangan masyarakat kita. Bahkan kita sendiri bertindak meremeh temehkan kedudukan agama kita.

Jangan ingat 1 Malaysia ini menolak agama. Tidak, 1Malaysia ini umum; merujuk kepada perpaduan, dan merujuk kepada menjaga hak-hak setiap agama dan bangsa.

Agama Islam ada hak yang perlu dipertahankan, dipelihara, dijaga dan ditegakkan. Dan itu tanggungjawab kita bersama. Kita perlu bertindak dan bergerak. Banyak ruangan-ruangan yang boleh kita laksanakan dan realisasikan, insyaAllah di masa-masa akan datang.

Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=kUlCMLkTfB4

2 Komen
  1. zmasrin permalink

    hujah ustaz2 PAS hr ni sdh berubah… mrk mengatakan perlu menolak kemungkaran yg byk berlaku.. sy pun setuju namun persoalan pokok adakah mrk parti berjaya mengekang dnegeri2 yg dianggotai PAS?? Ini sama sekali tdk djwb. Apa pandangan Ustaz?

  2. zmasrin permalink

    Ustaz, apakah pandangan Ustaz kpd Muslim yg menyokong PKR? Bagaimana pula tindakan seorg mufti yg setia kpd PKR hingga sekarang walaupun tdk tercalon hanya kerana kerusi itu milik PAS?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: