Saya tidak yakin PAS mampu pertahankan agama –UFB #PRU13 #Sanglang
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Di dalam hadis, Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu menceritakan peristiwa di suatu subuh hari, selepas solat Subuh berjamaah, Nabi memberikan peringatan kepada Sahabat-sahabat Baginda, sehingga mengalir air mata para sahabat dan bergementar hati mereka mendengarnya. Lalu ada di kalangan sahabat yang berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah. Seakan-akan peringatan ini adalah yang terakhir daripadamu, apakah wasiatmu buat kami? Baginda menjawab:
“Aku wasiatkan kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah, dengar dan taat kepada pemimpin walaupun seorang hamba Habsyi, sesungguhnya sesiapa daripada kamu yang hidup lama setelahku akan menyaksikan perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah para Khalifah yang mendapat petunjuk dan bimbingan. Hendaklah kamu berpegang dengannya. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu. Hindarilah daripada perkara-perkara yang baru kerana sesungguhnya setiap yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat” (Sahih. Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Islam membezakan di antara berselisih dengan berpecah. Semua perpecahan bermula dengan perselisihan, tetapi bukan semua perselisihan itu membawa kepada perpecahan. Kita berselisih memilih bendera tetapi kita tidak berpecah. Kita berselisih memilih warna baju tetapi kita tidak berpecah. Kita cuma berbeza pendapat. Sebab kita ada sikap berlapang dada dan hormat menghormati pandangan orang lain.
Namun kalau perselisihan itu tidak disertai dengan sikap hormat menghormati dan berlapang dada, ia akan membawa kepada perpecahan.
Perselisihan akan terus menerus berlaku. Ia tidak akan habis sampai Kiamat. Ini kata Nabi. Sebab itu Baginda mengajar kita bagaimana cara untuk kita menangani perselisihan, di mana Baginda besabda,
“Maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah para Khalifah yang mendapat petunjuk dan bimbingan. Hendaklah kamu berpegang dengannya. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu. Hindarilah daripada perkara-perkara yang baru kerana sesungguhnya setiap yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat” (Sahih. Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sunnah Nabi bermaksud agama itu sendiri. Semua perbuatan, perkataan, tindakan dan akhlak Nabi adalah agama. Maka berpegang dengan sunnah Nabi apabila berselisih bererti apabila kita berselisih, kita perlu kembali kepada agama.
Agama mengajar kita supaya taat pemimpin, agama mengajar kita menjaga akhlak, agama mengajar kita jangan mengumpat, mengadu domba, melaga-lagakan orang, jangan bermusuhan dan jangan berpecah walaupun kita berselisih.
Kita akan bekerjasama dalam tempoh yang panjang, maka biar apa yang saya katakan ini menjadi muhasabah siap-siap untuk kita semua. Sekiranya terjadi perselisihan, penyelesaiannya adalah kembali kepada agama, lihat bagaimana agama mengajar kita.
Itu semangat yang perlu kita bawa, kita cipta perpaduan sesama kita, insyaAllah kita akan berjaya. Mungkin kita ada tidak setuju dengan beberapa kecacatan, kita mungkin tidak suka pada orang tertentu, orang itu pro itu, orang ini pro ini. Namun dalam hal ini adakah kita inginkan agama kita didahulukan ataupun kita ingin dahulukan kepentingan diri?
Kalau kita lebih mengutamakan kepentingan diri kita, maka tidak selesailah masalah. Tetapi kalau kita inginkan agama kita diletakkan di atas, saya tidak yakin Pas mampu mempertahankan agama. Sebaliknya saya yakin Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mampu untuk mempertahankan agama kita, bangsa kita dan tanah air kita. Setakat itu keyakinan saya.
Sebab itu saya merasakan kita perlu kepada kerjasama, hormat menghormati tanpa kita mengira orang itu gang mana, orang ini gang mana.
Wallahu a’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:
Salam Ustaz, itu lah juga keyakinan saya terhadap kepimpinan DS Najib. Umno telah banyak melaksanakan Islam. Hukum hudud masih belum tapi saya yakin suatu hari nanti Allah akan kurniakan kekuatan kepada Umno untuk melaksanakanya. Melaksanakan hudud tanpa perancangan teliti akan mengundang banyak tekanan baik dlm negeri dan luar negeri. Jangan gopoh. Sebenarnya PAS tidak ada kekuatan untuk melaksanakan hudud. Sebulan yg lepas Pas kelantan hendak mengasingkan kedai saloon lelaki dan wanita termasuk utk kedai yg bukan muslim. Apabila masyarakat Cina bantah, pelaksanaannya ditangguh. Kenapa? Takut cina tak undi, atau nak jaga hati sekutu DAP. Isu kalimah Allah, pluralisma agama dan fatwa2 karut menyebabkan saya akan pangkah BN walaupun 3 pru lepas saya pangkah Pas. InsyAllah hidup Islam, hidup Umno.
55 tahun dah diberi, tp penerangan hudud pon x dilaksanakan. Apa kata kita tukar kali ini, beri peluang kepada PAS. Kalau main politik andaian semata2 (saya katakan begini sbb PAS x pernah pegang pusat secara total, selain drpd itu, semuanya adalah andaian dan hipotesis yg belum diukur kebenaranya), maka UFB telah terjatuh dalam kancah yg dikatakan dahulu, ‘politik persepsi’, yg nampak gayanya, johannya adalah UFB sendiri, WallahuA’lam