Skip to content

Ustaz Fathul Bari yakin Sanglang kembali kepada BN -insyaAllah-

April 24, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Sumber: penaminangreturn.blogspot.com

Biodata Ustaz Fathul Bari 1 Sumber: penaminangreturn.blogspot.com

Saya bukan orang yang berasal dari Sanglang. Dan saya kira kebanyakan orang sudah tahu perkara tersebut. Saya dilahirkan di Kepala Batas, Kedah sebab menjadi satu tradisi keluarga di sebelah ibu saya untuk beranak di sebelah Kedah.

Walaubagaimana pun bapa saya berasal dari Hutan Kandis, Perlis. Jadi saya lahir di Kedah dan membesar di Hutan Kandis, Perlis sejak dari kecil, bersekolah di Sekolah Seri Indra, Kangar, kemudian Sekolah Agama Arau dan seterusnya sambung belajar.

Mungkin ada orang yang bersuara mengatakan bahawa saya bukan dari sini, tidak ada rumah di sini dan sebagainya. Saya hendak selesaikan perkara ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebut di dalam Al-Quran,

يَآأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُواٌ

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu dari lelaki dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” (Surah Al-Hujurat, 49: 13)

Allah Subhanahu wa Ta’ala mentaqdirkan saya ke sini untuk berkenalan dengan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, saya tidak mahu perkenalan kita hanyalah bertujuan untuk mengangkat bendera-bendera tertentu. Tetapi kita berhubung dan bersahabat, dan kita berteman kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Biodata Ustaz Fathul Bari 2

Biodata Ustaz Fathul Bari 2

Biarlah kita ini tergolong dalam golongan yang Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sebut di dalam hadis sebagai tujuh golongan yang Allah akan lindungi mereka di hari kiamat kelak di saat orang lain tidak mendapat perlindungan. Antaranya Nabi menyebut, “dua orang lelaki yang saling mengasihi kerana Allah”. Ini kasih sayang yang Syar’i, bukan kasih sayang lelaki suka lelaki yang menyalahi hukum Syarak.

Kasih sayang yang dituntut iaitu kita kasih saudara kita sama seperti kita kasih kepada diri sendiri. Jadi saya tidak mahu hubungan ini dibina atas nama bendera. Saya hendak bina hubungan ini atas nama Islam dan atas tuntutan agama itu sendiri agar saling kenal mengenali antara satu sama lain dan saling menghubungkan silaturrahim.

Selepas itu baru kita bercakap tentang bendera kita, baru kita bercakap tentang perjuangan kita; mengapa kita mengangkat bendera ini, mengapa kita berjuang atas bendera ini dan mengapa kita menerima mandat untuk meneruskan perjuangan ini daripada DS Najib Tun Abdul Razak, Presiden parti kita.

Saya secara asasnya apabila menyertai Umno pada 2010, saya telah meneliti sedikit sebanyak dasar-dasar perjuangan Umno, antaranya berkaitan dengan agama Islam; mempertahankan, mengembangkan, dan menegakkan agama Islam di tanah air kita. Maka saya kira apabila kita membantu dan menyokong kerajaan Umno dan Barisan Nasional, secara tidak langsung kita membantu mempertahankan, mengembangkan dan menegakkan agama Islam di negara kita.

Biodata Ustaz Fathul Bari 3

Biodata Ustaz Fathul Bari 3

Kelemahan, lambat, salah, kurang, memang ada pada mana-mana pihak, tidak kira Pas atau Pkr atau siapa-siapa sahaja, semua ada salah dan semua ada kurang, itu perkara biasa. Tetapi apabila orang menuduh bahawa dasar Umno tolak Islam, saya bertanya di mana dasar Umno tolak Islam?

Sebab itu Tok Guru-Tok Guru di Kelantan terkejut apabila kita buka dan tunjukkan dasar-dasar Umno kepada mereka. Mereka menyangka dasar-dasar Umno semua menolak Islam. Umno tidak menolak Islam, namun mungkin kita ada kelemahan dan kekurangan dalam memastikan usaha-usaha Islam itu dipraktikkan secara keseluruhan.

Jadi atas asas itu, saya kira saya memikul amanah ini untuk memastikan Islam itu ditegakkan, dipertahankan dan dikembangkan dengan baik, di Sanglang khususnya dan di negara secara umumnya.

Orang mengatakan apa yang hendak kita kembangkan, kita sudah Islam semuanya. Jangan lihat Islam dari satu sudut yang kecil. Lihat Islam dari kacamata yang luas. Islam dari sudut perhubungan, Islam dari sudut solat, Islam dari sudut zakat, Islam dari sudut puasa, Islam dari sudut haji, Islam dari sudut perniagaan, pertanian, semua ini sudah ada pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Nabi juga memberikan kepada kita kaedah dan acuan yang Islam ajar tentang cara berniaga, dan bagaimana Islam ajar untuk bertani. Nabi menyuruh untuk meletakkan bertani dan berniaga nombor dua selepas Islam. Islam di tempat nombor satu. Sabda Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis,

إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمُ الْجِهَادَ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلاًّ لاَ يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ

“Jika kalian berurus niaga dengan urus niaga yang ada riba, menarik ekor lembu (membajak/bertani), merasa cukup dengan pertanian, dan meninggalkan jihad, maka Allah akan menimpakan kehinaan kepada kalian yang tidak akan Allah cabut sampai kalian kembali kepada agama kalian.” (Riwayat Abu Daud)

Sebab itu kita meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Itu perjuangan asas kita. Sebab itu dalam keadaan sekarang, untuk memberikan kepercayaan kepada Pas, kita perlu bertanya apa yang mereka buat untuk perjuangan Islam? Saya tidak nampak. Mereka hanya bercakap selama puluhan tahun; orang itu kafir, orang itu tidak buat hukum Islam, orang itu tolak Islam, orang itu fasiq, solat orang itu tidak sah, hukum orang buat masjid sia-sia.

Itu perkataan-perkataan dari mereka. Namun apa yang sudah mereka buat untuk Islam?

Kita hendak melihat pembangunan berlaku di Sanglang, bukan pembangunan fizikal sahaja, tetapi kita inginkan pembangunan insan; manusia dekat dengan agama, dekat dengan ilmu, kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, itu yang ingin kita terapkan.

Kita gabungkan pembangunan insan; dekatkan masyarakat kepada Allah, dan kemudian disusuli pembangunan fizikal yang kerajaan tawarkan kepada kita; hendak naikkan BR1M, 4ribu rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) di Sanglang. Dan banyak lagi perkara-perkara yang termasuk dalam akujanji sama ada dari Kerajaan Pusat dan juga di peringkat Negeri Perlis.

Kita tidak mahu berani berjanji hapuskan tol, hapuskan pinjaman, turunkan harga minyak, hapuskan itu, hapuskan ini, turunkan harga itu, turunkan harga ini, tetapi hanya sekadar cakap sahaja di mana ianya tidak bermanfaat.

Kita boleh nilai sendiri adakah janji kerajaan kita sebelum ini ditunaikan atau tidak. Kita boleh nilai sendiri siapa yang selama ini hanya bercakap, bercakap, bercakap tetapi perlaksanaannya tidak ada.

Jadi sebab itu saya diamanahkan ke sini untuk bersama dengan masyarakat Sanglang dan saya bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dalam tempoh beberapa hari ini saya berkenalan dengan orang di sini yang semuanya sangat mesra, saya dibawa oleh sahabat-sahabat yang banyak membantu membawa saya pergi ke setiap khemah dan setiap cawangan.

InsyaAllah ini merupakan projek ataupun program pertama kita, suai kenal. Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada saya khususnya penduduk-penduduk di Sanglang dan lebih khusus lagi di cawangan Bunga Mas. Terlebih terkurang saya mohon maaf. Sama-sama kita pastikan Sanglang kembali kepada Barisan Nasional.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

3 Komen
  1. elok2 dah ada ilmu agama, bercampur dengan gerombolan dari tong taik..

    mula2 bau dah wangi, bercampur dengan gerombolan taik ni, terus berubah berbau taik.

    sebotol minyak wangi masakan dapat mewangikan bertong2 taik..

    sekian kisah pendek petang ini

    • ariff permalink

      cantiknya bahasa saudara.. camne la org nk terpikat dgn keperibadian sebelah sana.. UFB, teruskan istiqamah dalam perjuangan.. semoga sentiasa dalam keberkatan Allah SWT..

  2. siti permalink

    astagfirullah bahasa…belajar ngan sape eh mengutuk org cam tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: