Skip to content

Mukmin kuat lebih dicintai Allah – Sempena perlawanan futsal bersama pemuda Sanglang

April 30, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

futsalNabi kita sallallahu ‘alaihi wasallam menyebut,

الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang beriman yang lemah.” (Riwayat Muslim)

Maka kita bersukan bukan semata-mata untuk kita bermain dan memenangi pertandingan pada hari ini, bukan semata-mata untuk kita bawa balik trofi, piala dan sebagainya.

Antara tujuan kita beriadah dan bersukan adalah untuk menjaga kesihatan, untuk menjaga tubuh badan iaitu nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan kepada kita. Malah saya yakin di dalam mana-mana kepercayaan pun, perkara tersebut menjadi keutamaan.

Bahkan jika menurut ajaran Islam, wajib kita menjaga tubuh badan dan jasad yang Allah Subhanahu wa Ta’ala amanahkan. Kita dituntut untuk menjaga kesihatan dan pemakanan, juga hubungan sesama kita dan yang lainnya.

ADAB KETIKA BERMAIN

Apabila kita bermain, kita melihat pada hadiah dan trofi, namun janganlah kita bergaduh dan berkelahi dengan kawan di dalam padang. Setakat perselisihan yang berlaku di dalam padang, kita selesaikan di situ, dan apabila keluar padang kita lupakan semuanya dan kita kembali bersaudara.

Di dalam padang, itu adalah lawan kita, maka kita lawan secara professional. Kita hendak bagi meriah permainan kita.

Dalam cuaca yang panas, dan suasana yang panas memandangkan pilihan raya sudah dekat, jadi jangan kita berlawan kerana emosi atau dendam kepada lawan dari parti berbeza. Parti-parti politik ini kita letak ke tepi. Kita masuk ke dalam padang sebagai seorang pemain yang professional.

Sekali lagi saya tekankan, kita bermain untuk menjaga tubuh badan, dan kita hendak menjaga hubungan kita. Kita berharap dengan kita bermain pada hari ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Kita berkenalan dengan saudara-saudara kita dari Unimap, kita bersaudara, kita berkawan, kita main dengan cara yang elok. Itu yang saya harapkan.

Dan yang paling penting, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Unimap kerana sudi menganjurkan program di sini, dan yang paling penting juga pada hari ini kita dapat mengeratkan hubungan dan saling kenal mengenal antara satu sama lain walaupun berbeza kaum, berbeza agama, dan berbeza bangsa tetapi kita di sini 1Malaysia.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: