Skip to content

WAJIB ADIL DALAM MENGHUKUM – JANGAN MUDAH HUKUM ZALIM

Mei 2, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

164623_10151891580118327_596285459_nSatu perkara yang perlu kita muhasabah; kita terlalu mudah menghukum orang zalim. Kita senang sahaja menghukum orang rasuah. Kita menghukum orang makan duit rakyat. Begitu mudah kita menghukum orang dan kemudian kita umumkan hukuman tersebut.

Mungkin sesuatu kesalahan itu dilakukan oleh orang-orang tertentu yang khusus. Tetapi mengapa kita umumkan kenyataan tersebut? Tidakkah kita telah berlaku tidak adil ke atas orang lain?

Seperti mana kalau kita katakan beberapa pemimpin parti pembangkang yang dikaitkan dengan isu moral. Adakah boleh kita mengatakan semua parti pembangkang ini memang kerjanya membuat benda-benda tidak elok, lalu kita mengaitkan parti pembangkang dengan masalah moral secara umum?

Bagi saya itu tidak adil. Itu bukan sifat dan sikap Islami.

Tidak sepatutnya kita menghukum secara keseluruhan seperti itu. Kalau seorang membuat masalah, itu merupakan kesalahan seorang individu.

Ini tidak, ada sebahagian pihak yang terus menghukum secara keseluruhan; mereka mengatakan kerajaan zalim, kerajaan rasuah.

Saya hendak berikan contoh mudah tentang isu zalim yang ada kaitan dengan sahabat-sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in. Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam membacakan firman Allah,

الَّذِينَ آَمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ

“Orang-orang yang beriman iaitu mereka yang tidak mencampur adukkan iman mereka dengan sebarang kezaliman, mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-An’am: 82)

Sahabat-sahabat Nabi berjumpa dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, menangis dan bertanya kepada Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis sahih,

لَمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى { الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ } شَقَّ ذَلِكَ عَلَى أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالُوا : أَيُّنَا لَمْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ؟

“Ketika Allah menurunkan ayat: “Orang-orang beriman iaitu mereka yang tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman” (Surah Al-An’am: 82)”. Ketika mendengar ayat tersebut, para sahabat menjadi gelisah. Mereka bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Siapakah dari kalangan kami yang tidak zalim pada dirinya?” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lihatlah, sahabat-sahabat Nabi semua mengaku diri mereka zalim. Kita pula bukan sahaja tidak mengaku zalim, malah sebaliknya kita menuduh orang lain zalim pula.

Ini adalah satu penyakit. Penyakit sibuk menuduh orang itu zalim, orang ini zalim. Sepatutnya kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita ini zalim ataupun tidak? Sedangkan sahabat Nabi pun turut mengaku zalim, mustahil kita ini tidak mengaku diri kita sendiri zalim?

Walaupun setelah itu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan penjelasan kepada para sahabat akan pengertian zalim yang dimaksudkan oleh ayat tersebut;

فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّمَا هُوَ الشِّرْكُ أَلَمْ تَسْمَعُوا قَوْلَ الْعَبْدِ الصَّالِحِ : إنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Sesungguhnya yang dimaksud zalim dalam ayat tersebut adalah syirik. Tidakkah kalian mendengar perkataan seorang hamba yang salih, “Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang paling besar?” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maknanya firman Allah itu tidak ditujukan kepada sahabat Nabi kerana sahabat Nabi tidak syirik kepada Allah, mereka hanya melakukan dosa-dosa yang lain, kesilapan-kesilapan yang lain sebagai manusia biasa.

Kita harus sentiasa berpegang pada prinsip ini; iaitu jangan kita terlibat dalam menghukum orang secara umum. Ia haram di sisi Syariat. Kalau hendak menghukum, hukumlah kesalahan. Kalau seorang yang bersalah, maka hanya seorang sahajalah yang salah. Jangan menghukum keseluruhan parti. Tidak kira sama ada PAS, atau UMNO, atau PKR, salah individu bererti salah individu. Janganlah kita menghukum secara tidak adil.

Kita mengatakan kita hendak menegakkan ayat Al-Quran, kita mengatakan kita hendak menegakkan hukum Allah, maka tegakkanlah hukum Allah dalam diri kita dahulu. Allah telah memerintahkan di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya,

وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ على أَلاَّ تَعْدِلُوْا اِعْدِلُوْا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

“Dan janganlah sekali-kali jenayah sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Maaidah, 5: 8)

Berlaku adillah dalam menghukum. Ini perkara yang perlu kita belajar. Jangan mengikut emosi sehingga apabila tidak bersetuju dengan satu-satu pihak, kita balun semua. Itu sikap yang tidak adil.

Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=t_boISeFBv0

 

One Comment
  1. betul banget gan…
    kita harus adil dalam menghukum…
    termasuk saat men-judge sesuatu untuk kesan pertama…
    Saat kawan2 mendengar kata “IPB” pasti lgsg pada menjudge bahwa IPB itu hutan, kampungan, kumuh, norak, petani, nyangkul, becek, panas-panasan, miskin dan kamseupay…
    but etttts, tunggu dulu…
    Kunjungi dulu http://www.ipb.ac.id/ untuk mengetahui IPB yg sebenarnya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: