Skip to content

KEWAJIPAN MENCINTAI SAHABAT NABI & MEMBENCI GOLONGAN YANG MENCERCA MEREKA

Mei 27, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

keutamaan sahabat nabiSatu kisah yang diriwayatkan oleh Imam Al-Thabari, daripada Abdul Malik ibn Abi Hurrah Al-Hanafi, dia berkata, suatu hari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu keluar berkhutbah. Sedang dia berkhutbah, tiba-tiba dia terdengar satu kelompok dalam masjid menjerit dengan jeritan,

إن الحكم إلا لله

“Tidak ada ketetapan hukum melainkan hukum Allah.” (Surah Al-An’aam, 6: 57)

Ali radhiyallahu ‘anhu  menjawab dan berkata,

الله أكبر، هذه كَلِمَةُ الْحَقِّ أُرِيْدَ بِهَا الْبَاطِلُ

“Ini adalah perkataan yang benar, tetapi mereka menginginkan maksud yang batil.”

Kemudian melompatlah seorang lelaki yang bernama Yazid ibn ‘Ashim Al-Muharibi dan dia berkata,

“Alhamdulillah, kami tidak pernah meninggalkan Rabb kami, dan tidak pernah pula kami merasa tidak perlu kepadaNya. Wahai Ali, apakah engkau akan mengancam kami dengan pembunuhan? Demi Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya kami berharap kami mampu untuk melemparkan kamu ke dalam Neraka dalam waktu yang terdekat tanpa maaf. Pasti kalian akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pantas untuk masuk ke dalam Neraka.”

Ini perbualan mereka (golongan Khawarij) dengan sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhu yang agung, Ali bin Abi Thalib, sepupu Nabi, bahkan di antara manusia yang batang tubuhnya dijanjikan Syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Tetapi golongan Khawarij keluar mengkafirkan mereka, menyesatkan mereka, dan meletakkan mereka menjadi ahli-ahli neraka. Apa kaitannya kisah ini dengan isu sahabat Nabi?

SYIAH PENCERCA SAHABAT NABI ADA DI MALAYSIA

Ideologi Syiah berasal dan berpunca daripada ideologi Khawarij (asas mereka adalah sama), di mana wujud di kalangan mereka sikap tidak mengiktiraf pemimpin-pemimpin dan pemerintahan-pemerintahan yang diiktiraf oleh Umat Islam.

Syiah pada hari ini tidak mengiktiraf apa jua bentuk pemerintahan di atas muka bumi, melainkan pemerintah di tempat tersebut adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin mereka dengan dasar-dasar akidah mereka.

Di Malaysia sendiri, ada dalam kelompok atau parti tertentu di mana seorang tokoh yang dilihat sangat condong kepada Syiah, apabila ditanya kepada beliau di dalam satu hiwar (perbualan) tentang masa depan dan hala tuju, ditanyakan kepada beliau, “Tuan dikatakan sebagai Syiah, akidah Tuan dikatakan akidah Syiah, apa pendapat Tuan?”

Beliau berkata secara jelas, “Saya tidak bercakap soal akidah, tetapi saya kagum dengan Ayatollah (baca: Ayatusy-Syaitan) Al-Khomeini; Revolusinya, kepimpinannya. Bahkan pemimpin-pemimpin Iran pada hari ini, pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrallah yang menghantar anaknya pergi berjihad dan mati anaknya di jalan Allah, ini yang kita kagumi. Kepimpinan seperti ini yang kita inginkan.” Itu yang dia sebut. Kita tidak memanggil Khomeini sebagai Ayatollah, kita memanggilnya Ayatusy-Syaithan. Kita tidak memanggil Hizbullah, kita memanggilnya Hizbusy-Syaitan!

Sebenarnya kalau dilihat akidah Syiah yang paling jelas, di antara rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah. Mereka tidak akan mengiktiraf mana-mana tempat di atas muka bumi ini selagi mana tidak dipimpin dan tidak dikepalai oleh sistem mereka dan akidah mereka.

Mereka mengamalkan taqiyyah (berpura-pura). Mereka tidak menampakkan akidah mereka yang sebenar, dan mereka tidak menampakkan akidah  mereka yang mengkafirkan sahabat Nabi, mereka tidak menampakkan akidah mereka menghina dan mengkritik sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in secara terang-terangan, tetapi sebenarnya mereka telah menampakkan salah satu prinsip dasar akidah Syiah, iaitu Al-Wilayah.

Ini adalah satu dan ciri-ciri ideologi Ahli Bid’ah (Syiah dan Khawarij) yang perlu dibahaskan kerana pada hari ini ideologi ini telah menular masuk ke dalam masyarakat kita dengan menggunakan nama hak asasi manusia. Mereka bersekongkol dengan golongan-golongan pluralisme, liberal, anti-hadis, seksualiti merdeka, menyusup di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan. Alhamdulillah, kerajaan Malaysia berusaha menyekat penyebaran ideologi mereka maka mereka menggunakan apa saja cara untuk menjatuhkan kerajaan ini yang memberi tekanan kepada mereka. Antara cara mereka adalah melalui demonstrasi, mereka berpakat sama-sama memohon agar diberikan kebebasan dan hak untuk mereka bersuara.

Semua ini berlaku pada hari ini dan itu adalah realitinya. Sebab itu saya ingin membahaskan tentang sahabat Nabi, untuk mewujudkan sensitiviti pada orang-orang yang menampakkan hendak memperjuangkan Islam, hendak mewujudkan negara Islam, hendak berhukum dengan hukum Islam tetapi di sebalik itu, akidah mereka tentang generasi-generasi yang mana Syariat Islam dinukilkan daripada generasi ini, hukum-hukum Allah dinukilkan daripada generasi ini, hukum hakam berkaitan akidah, syariah, akhlak, segala-galanya daripada mereka, Al-Quran daripada mereka, hadis-hadis Nabi daripada mereka, tetapi tiba-tiba wujud satu kelompok mengkafirkan mereka, menyesatkan generasi mulia ini, generasi para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in yang wajib kita pertahankan, yang wajib kita cintai dan sayangi dan diharamkan seorang pun daripada kita mengotori lisan-lisan dengan perkataan yang tidak sewajarnya ke atas para sahabat.

KEDUDUKAN SAHABAT NABI SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM

Firman Allah menceritakan tentang kedudukan sahabat Nabi,

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama (masuk Islam) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah, 9: 100)

Begitu juga hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,

لا تَسُبُّوا أصحابي، فلو أنّ أَحدَكُم أنفقَ مِثلَ أُحُدٍ ذَهَبا ما بَلَغَ مُدَّ أحَدِهمْ ولا نَصيفَه

“Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku, kalau sekiranya salah seorang di antara kalian bersedekah emas sebesar gunung Uhud, hal itu tidak akan menyamai sedekah yang mereka keluarkan seberat satu mud (secupak), tidak pula separuhnya.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Begitu sekali kedudukan sahabat Nabi, kedudukan amalan para sahabat Nabi berbanding orang lain.

Al-Imam Al-Thahawi rahimahullah mengatakan,

“Dan kita Ahli Sunnah wal Jama’ah mencintai para sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak berlebihan atau melampaui batas dalam mencintai mereka. Sebagaimana tidak ada seorang pun yang berlepas dari mereka. Kita membenci orang yang membenci mereka dan mengeji mereka. Pendek kata, kita tidaklah menyebut tentang para sahabat melainkan hanya kebaikan. Kecintaan kita kepada mereka sebahagian daripada Agama, Iman dan Ihsan. Sedangkan kebencian terhadap mereka adalah sebahagian daripada keburukan, kemunafikan dan kezaliman.” (Aqidah Al-Thahawiyah)

Imam Ibnu Batthah berkata,

“Seluruh sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dicintai sesuai dengan urutan dan kedudukan mereka. Mereka semua adalah orang-orang yang memiliki kemuliaan dan kedudukan yang tinggi. Mereka lebih dahulu memberikan pengorbanan dan kebaikan. Semoga Allah merahmati mereka semua.”

Keutamaan para sahabat disusun mengikut kedudukan mereka seperti berikut;

  • Pertama, sahabat yang mengikuti perang Badar.
  • Kedua, sahabat yang mengikut di dalam perjanjian Hudaibiyah.
  • Ketiga, sahabat yang mengikut di dalam Bai’ah Al-Ridhwan.
  • Keempat, sahabat yang mengikut dalam peperangan Uhud.

Golongan Syiah pada hari ini ataupun golongan Sufi terlampau mengambil kesempatan menggunakan nama Ahlul Bait, malah sebahagian mereka menggunakan nama keturunan Nabi. Mereka mendatangkan orang yang mendakwa dia itu Ahlul Bait, menceritakan kelebihan itu kelebihan ini, ini janggut Nabi, benda ini Nabi sentuh, ini serban Nabi dan sebagainya. Macam-macam cerita tentang Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang hujung pangkalnya dan dasarnya tidak ada. Hanya dakwaan.

Sedangkan apa yang Nabi wariskan? Nabi mewariskan Al-Quran dan Sunnah. Ilmu.

لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِر

“Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hasan. Riwayat Abu Dawud)

Kita hendaklah berada dan berpijak di atas peninggalan dan pusaka yang benar-benar ditinggalkan oleh Nabi dan diakui oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu ilmu yang Baginda wariskan. Itu sahaja. Biar kita didik diri kita dengan fakta dan bukti yang kukuh, jangan hanya ikut-ikutan dan sangkaan yang semberono sahaja.

KECINTAAN AHLI SUNNAH KEPADA SAHABAT

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah wali (saling berkasih sayang) bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan mencegah dari yang mungkar, mendirikan salat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah, 9: 71)

Kita seringkali mendengar perkataan Al-Wala’ wal Bara’. Banyak ahli ilmu membahaskannya dalam perbahasan-perbahasan kontemporari berasaskan dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah. Antara tokoh yang terkenal, Syeikh Soleh Fauzan Al-Fauzan membahaskan topik yang khusus dalam bab wala’ wal bara’. Ringkasan kesimpulan daripada perbahasan mereka, apabila disebut perkataan Al-Wala’ ia membawa erti Al Hubbu wan Nushru (cinta dan membantu).

Apabila disebut perkataan Al-Bara’, ertinya Al-Bughdhu wal Bu’du (membenci dan berusaha untuk menjauhkan diri) iaitu tidak menolong, berlepas diri walau apa pun yang jadi, serta membenci.

Jadi apakah wala’ kita kepada sahabat Nabi?

Pertama, kita wajib mencintai mereka. Asas cinta kepada para sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in, dalilnya bermula dengan ayat yang disebutkan tadi. “Orang beriman dengan orang beriman yang lain mereka menjadikan sebahagian yang lain sebagai wali bagi mereka.” (Surah Al-Taubah, 9: 71)

Apabila disebut sebagai wali, bererti mereka berusaha untuk mencintai dan mereka berusaha untuk membantu. Mengapa kita memasukkan sahabat Nabi di dalam maksud orang yang beriman? Sudah semestinya, sahabat Nabi adalah orang yang paling tinggi kedudukan iman di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala selepas daripada Nabi. Sebab itu Allah menyebut di dalam Al-Quran,

فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنْتُمْ بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوْا

“Dan jika mereka beriman seperti mana kalian beriman, maka sungguh mereka telah mendapatkan petunjuk.” (Surah Al-Baqarah, 2: 137)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berinteraksi dengan sahabat Nabi di dalam ayat tersebut. “Sekiranya mereka itu beriman (yang dimaksudkan adalah orang-orang kafir) seperti mana kalian (sahabat Nabi) beriman, nescaya mereka akan mendapat petunjuk.”

Sebab itu kita perlu tahu bagaimana iman sahabat Nabi, bagaimana sahabat Nabi beragama. Ia perlu bermula dengan kecintaan, sebelum kita hendak tahu bagaimana cara mereka beriman. Apabila kita cinta, kita wajib bersiap sedia untuk tolong bantu mereka. Jika ada orang yang memaki hamun mereka, kita kena bangkit menentang golongan-golongan ini. Tolak orang-orang yang mencerca, meninggalkan, mengenepikan perkataan-perkataan sahabat Nabi. Ini satu ketegasan yang mesti ada dalam jiwa Ahli Sunnah.

Hendak letak mana kedudukan sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in yang Allah muliakan mereka, yang Rasul muliakan mereka, yang Nabi larang kita cerca mereka walaupun sedikit, yang Nabi suruh kita sayang mereka, tiba-tiba datang manusia mencerca sahabat Nabi.

Jadi kewajipan pertama adalah kecintaan Ahli Sunnah kepada para sahabat Nabi. Antara hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tentang contoh-contoh kecintaan kepada para sahabat, antaranya,

“Tanda keimanan adalah mencintai sahabat Anshar, dan tanda kemunafikan adalah membenci sahabat Anshar.” (Muttafaqun ‘alaih)

Tanda-tanda, ciri-ciri orang yang beriman adalah orang yang mencintai orang Ansar. Dan ciri-ciri orang munafiq adalah orang yang membenci golongan Ansar. Namun berapa ramai sahabat-sahabat Nabi daripada golongan Ansar yang dikafirkan oleh puak-puak Syiah?

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lagi di dalam Sahih Bukhari dan Muslim juga,

الْأَنْصَارُ لَا يُحِبُّهُمْ إِلَّا مُؤْمِنٌ وَلَا يُبْغِضُهُمْ إِلَّا مُنَافِقٌ فَمَنْ أَحَبَّهُمْ أَحَبَّهُ اللَّهُ وَمَنْ أَبْغَضَهُمْ أَبْغَضَهُ اللَّهُ

“Tidaklah mencintai kaum Anshar kecuali orang yang beriman. Dan tidaklah membenci mereka kecuali orang munafik. Barangsiapa mencintai mereka nescaya Allah mencintainya. Barangsiapa membenci mereka, nescaya Allah membencinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam Sahih Muslim, dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu,

وَالَّذِى فَلَقَ الْحَبَّةَ وَبَرَأَ النَّسَمَةَ إِنَّهُ لَعَهْدُ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ -صلى الله عليه وسلم- إِلَىَّ أَنْ لاَ يُحِبَّنِى إِلاَّ مُؤْمِنٌ وَلاَ يُبْغِضَنِى إِلاَّ مُنَافِقٌ

“Demi (Allah) Yang menumbuhkan biji-bijian dan yang menciptakan makhluk. Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam telah berjanji kepadaku bahawa tidaklah mencintaiku kecuali orang mukmin, dan tidaklah membenciku kecuali orang munafik.” (Riwayat Muslim)

Siapa lagi yang dahsyat kecintaan mereka kepada Nabi kalau bukan para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in. Terbukti dalam peperangan, terbukti dalam kehidupan seharian, terbukti dalam perjalanan hijrah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kita apabila masuk sahaja Ma’al Hijrah cerita tentang Nabi, cerita tentang sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in, cerita tentang hijrah, kisah sahabat Nabi tinggalkan kampung halaman. Tetapi esok lusa, kafirkan sahabat Nabi balik. Esok lusa, kita memuliakan tokoh yang mengkafirkan dan menyesatkan sahabat Nabi. A’uzubillah!

Nama Khomeini tidak boleh ada di Malaysia ini. Jangan sebut nama Khomeini di Malaysia ini! Bahkan di atas muka bumi. Bagi individu-individu Muslim yang menegakkan Islam tinggi dalam kehidupannya, nama-nama tokoh seperti Ayatusy-Syaithan ini jangan disebut di atas muka bumi.

Nama Khomeini tidak ada di dalam Al-Quran. Tidak pernah dipuji Allah di dalam Al-Quran. Nama Khomeini tidak pernah dipuji oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka inilah golongan-golongan pencerca generasi-generasi yang dipuji oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.

Al-Imam Al-Lalaka-i dalam Syarah Usul Al-I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam atsar yang beliau riwayatkan dari Qubaishah bin Uqbah berkata, “Mencintai seluruh sahabat Nabi sallallahu’alaihi wasallam adalah Sunnah.”

Dikatakan kepada Hasan (cucu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam), “Cinta kepada Abu Bakar dan Umar bukankah Sunnah? Hasan menjawab, “Bukan, (bahkan) wajib!” (Syarh Usul I’tiqad Ahlus Sunnah)

Ini kata-kata cucu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Tetapi tiba-tiba, Khomeini (tokoh Syiah) menulis di dalam bukunya menggelar Abu Bakar dan Umar sebagai dua berhala. Kemudian ada pula tokoh di Malaysia ini yang mengangkat, memuja-muja dan menjadikan Khomeini sebagai idolanya secara terang-terangan. A’uzubillah!

Ayyuub Al-Sikhtiyani berkata, “Barangsiapa yang mencintai Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu maka sungguh dia telah menegakkan agama. Barangsiapa yang mencintai Umar radhiyallahu ‘anhu  sungguh dia telah menerangkan jalan kebenaran. Dan barangsiapa yang mencintai Utsman radhiyallahu ‘anhu sungguh dia telah terang dengan  cahaya agama. Dan barangsiapa yang mencintai Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu maka sungguh dia telah berpegang teguh kepada tali yang kuat, dan barangsiapa berkata terbaik tentang sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, maka sungguh dia telah terselamat dari sifat kemunafikan.” (Syarh Usul I’tiqad Ahlus Sunnah)

Dari Bisyr bin Al-Harits dia berkata, “Aku berkata kepada Malik bin Mighwal: “Nasihatilah aku.” Dia berkata: “Aku menasihati kamu agar mencintai dua orang Syaikh iaitu Abu Bakar dan Umar radhiyallahu’anhuma.” Aku berkata lagi: “Nasihatilah aku.” Dia menjawab: “Aku menasihati kamu agar mencintai dua orang Syaikh iaitu Abu Bakar dan Umar radhiyallahu’anhuma.” Aku berkata: “Apakah Allah akan memberikan kebaikan yang banyak atas perbuatan tersebut?”

Dia menjawab: “Hai luka’ (orang yang bengong), demi Allah sungguh aku mengharapkan untukmu atas kecintaan kepada mereka berdua sebagaimana aku mengharapkan untukmu atas Tauhidmu.” (Syarh Usul I’tiqad Ahlus Sunnah)

Subhanallah. Ini menunjukkan keterikatan langsung kecintaan terhadap sahabat Nabi dengan akidah Tauhid. Tauhid adalah perkara tunjang dan binaan asas di dalam Islam, sangat besar nilainya di sisi orang yang beriman. Tanpa kecintaan kepada para sahabat, sudah semestinya akan mencacatkan Tauhid, kerana iman kita kepada Allah dan Rasul tidaklah sampai kepada kita kecuali melalui kefahaman dan penjelasan dari para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in. Menolak para sahabat serta mengiktiraf orang yang mencerca para sahabat samalah ertinya dengan menolak agama ini sendiri.

Wallahu a’lam

Advertisements
Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: