Skip to content

KITA DITUNTUT MEMINTA AGAR DIJAUHKAN DARI SYAITAN & DAJJAL, BUKAN MENCARINYA

Jun 7, 2013

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya

182944_10151959304673327_1776823839_nBerbicara tentang hal-hal yang ghaib atau cuba membongkarnya bukanlah satu hal yang kecil. Kita merasa sedih apabila terdapat sekelompok manusia yang cuba hendak membongkar alam ghaib, mencari hantu dan sebagainya.

Untuk apa kita mencari hantu, sedangkan kita disuruh untuk membaca “A’uzubillahi min asy-syaithan ar-rajim” iaitu meminta perlindungan agar dijauhkan dari hantu dan syaitan. Lalu mengapa ada orang yang pergi mencari syaitan?

Ada pula orang yang mencari Dajjal di Segitiga Bermuda, kononnya Dajjal ada di situ. Mengapa kita hendak mencari Dajjal? Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan tentang kemunculan Dajjal di akhir zaman, di mana apabila disebut Dajjal telah muncul, keadaan manusia pada ketika itu semua lari pulang ke rumah masing-masing, menjaga anak isteri masing-masing, kerana kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, wanita akan mudah dipengaruhi oleh Dajjal.

Allah menganugerahkan kepada Dajjal beberapa keistimewaan; seperti boleh menghidupkan orang yang telah mati, orang-orang yang kita cintai dan telah mati, Dajjal boleh menghidupkan semula dengan syarat kita beriman kepadanya. Sebab itu Nabi minta supaya kita menjauhkan diri supaya jangan bertemu dengan Dajjal. Dan sebab itu juga kita dituntut membaca satu doa setiap kali di dalam solat sebelum memberi salam,

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ  ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Al-Masih Al-Dajjal.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita dituntut untuk memohon dijauhkan dari empat perkara dan salah satunya adalah fitnah Dajjal, kerana fitnah Dajjal sangatlah dahsyat. Jadi mengapa ada orang yang pergi mencarinya. Mengapa kita pergi membongkar-bongkar tentangnya. Apa yang Allah ceritakan tentang Dajjal, itulah sahaja yang perlu kita tahu, tidak perlu lebih dari itu.

Ada orang yang mengatakan Dajjal bermata satu. Tidak, Dajjal bermata dua, cuma dia buta sebelah mata. Di dahinya tertulis perkataan ‘kaf, fa, ra’ yang terpisah membawa erti kufur. Dajjal pendek tetapi lebar. Rambutnya kerinting. Itu cerita Nabi tentang Dajjal, cerita tentang alam ghaib. Sahabat Nabi menerimanya.

Sahabat Nabi melihat seorang lelaki, Ibn Shayyad yang disebut di dalam hadis kelihatan seakan-akan Dajjal melalui ciri-ciri yang disebut oleh Nabi. Sahabat Nabi menyelinap dan mengintai lelaki ini. Nabi berkata kepada mereka, “Kalau sekiranya dia Dajjal, kalian tidak akan dapat menewaskan dia.”

Ini menunjukkan betapa sahabat Nabi percaya dan berpegang dengan perkataan-perkataan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Sebaliknya keadaan kita pada hari ini, hanya mengambil perkataan Nabi yang mana kita ingin ambil mengikut kehendak kita, sebahagian yang lain kita tinggalkan. Perbuatan sahabat Nabi, generasi yang paling faham tentang hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, menerima perkataan Nabi tanpa sebarang argumen tidak kita contohi. Seharusnya kita mencontohi perilaku mereka di dalam berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, yakni dengan sentiasa membenarkan apa sahaja yang telah sahih datang dari Nabi dan terus mengikutinya tanpa sebarang syak dan ragu.

Wallahu a’lam.

 

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: