Skip to content

PESAN KEPADA TAKWA DAN SALING MENASIHATI

Oktober 1, 2013

Dr. Fathul Bari Mat Jahya

1235908_597771490264551_1932678082_nFirman Allah SWT dalam surah Al-A’la, “Berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat; ia akan mengingatkan orang yang takut (kepada Allah), dan orang yang celaka akan menjauhinya, (iaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (Neraka).” (Al-A’la: 9-12)

Nabi SAW apabila diminta nasihat, perkara pertama yang Baginda wasiatkan adalah taqwa kepada Allah SWT. Diriwayatkan daripada Irbadh bin Sariyah, sabda Nabi,

“Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, dengar dan taat kepada pemimpin walau yang memimpin adalah hamba Habsyah. Sesiapa yang hidup selepas kewafatanku akan melihat perselisihan yang banyak. Hendaklah kalian berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa Al-Rasyidin yang diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah yang baru (dalam agama) kerana setiap yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan” (Sahih. Al-Tirmizi)

Inilah wasiat yang diberi apabila para sahabat meminta wasiat daripada Baginda. Hadis ini sangat banyak faedahnya, antaranya adalah sunnah meminta nasihat dan wajib memberi nasihat apabila diminta. Para sahabat sangat khusyuk dan menanti-nanti perkataan dan nasihat daripada Nabi. Sedang kita pada hari ini, apabila dibacakan hadis Nabi, ada yang tidak merasa apa-apa yang menyentuh jiwanya.

Sabda Nabi, “Hak seorang muslim atas muslim yang lain enam; bila bertemu ucapkanlah salam; bila dia memanggilmu penuhilah; bila dia meminta nasihat maka hendaklah kamu beri nasihat; bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu); bila dia sakit jenguklah; dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)”. (Riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan pensyariatan meminta nasihat. Jangan malu minta nasihat. Para sahabat meminta nasihat daripada Nabi. Orang yang diminta nasihat pula wajib memberi seperti mana diperintahkan, “Apabila seorang muslim meminta nasihat daripadamu, hendaklah kamu memberi nasihat.” Ini tanggungjawab seorang muslim atas Muslim yang lain.

Nasihat Takwa

Perkataan takwa acapkali disebut, tetapi adakah konsep takwa ini dipraktikkan dalam kehidupan? Ciri-ciri orang bertakwa dijelaskan di permulaan Al-Quran lagi,

“Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, mendirikan solat dan menunaikan zakat (Al-Baqarah: 2-3)

Itu antara ciri penting orang bertakwa, kembali kepada asas yang mula-mula Allah sebut iaitu beriman kepada perkara ghaib. Kata Nabi SAW,

“Barangsiapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, jangan dia menyakiti jirannya.” Kata baginda lagi, “Barangsiapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.” Kata Baginda lagi, “Barangsiapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik atau berdiam diri.”

Tiga kali Nabi menyebut perkataan yang sama; “Beriman dengan Allah dan Hari Akhirat”. Ini termasuk dalam beriman dengan perkara ghaib. Allah SWT dan Hari Akhirat adalah ghaib, yang kita semua belum nampak. Orang bertakwa meninggalkan segala maksiat dan mentaati segala perintah Allah kerana mereka beriman kepada Allah dan beriman bahawa di sana ada Hari Pembalasan.

Wasiat takwa bukan kecil, wasiat takwa ini sangat besar maknanya bagi orang yang memahami erti takwa. Saya pernah bertanya mufti Saudi Syaikh Abdul Aziz Alu Syaikh, saya mendekatinya selepas solat Asar dan meminta nasihat. Kata beliau, “Aku wasiatkan kamu agar bertakwa kepada Allah. Wallahu a’lam.” Itu sahaja. Saya bertanya adakah sedikit ini sahaja nasihatnya? Dia kata,

“Ya. Adakah yang lebih besar dari takwa kepada Allah SWT? Perkataan takwa ini lengkap dan sempurna. Kalau hendak bertakwa kepada Allah kita perlu menuntut ilmu. Apabila hendak bertakwa kepada ALLAH kita perlu beramal dengan ilmu. Jika hendak bertakwa kepada Allah kita perlu faham akan ilmu. Baru kita boleh bertakwa. Bagaimana dikatakan bertakwa kepada Allah kalau ada ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu?”

Begitu juga ketika saya menemui Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, saya kata padanya bahawa saya telah habis mengaji di Universiti Madinah dan datang untuk umrah, saya ingin minta nasihat sebelum pulang. Dia berkata, “Aku wasiatkan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah.”

Kalau dulu saya telah ditegur kerana bertanya kenapa sedikit sangat nasihatnya, pada kali ini saya faham. Saya tidak bertanya lagi. Apabila Syaikh berkata, “Aku wasiatkan kamu agar bertakwa kepada Allah”, saya ucapkan terima kasih. Ini kerana di sisi mereka, perkataan takwa cukup besar nilai dan maknanya bagi orang yang memahami.

Begitu juga apabila saya menziarah Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali bersama beberapa orang sahabat ke rumahnya. Dia begitu sibuk dengan menulis. Pada masa itu baru dicetak bukunya Himpunan Fatwa dan Risalah lebih kurang 12 jilid dan dia hadiahkan kepada saya. Dia pegang saya dan berkata, “Aku minta maaf, aku tidak boleh berikan masa kepadamu. Aku cintakan ilmu, aku cintakan ilmu, aku cintakan ilmu. Aku wasiatkan kamu dengan ilmu, sibukkan dirimu dengan ilmu.”

Kemudian dia tarik tangan saya dan bawa naik ke biliknya. Dalam biliknya penuh buku-buku berterabur, dengan penulisan-penulisannya dalam umurnya 81. Kalau umur 80 lebih beliau masih sibuk dengan ilmu sampai susah memberikan masanya untuk hal lain, apatah lagi kita.

Maka untuk mencapai takwa kepada Allah, sibukkan diri dengan ilmu. Dengan menyibukkan diri dengan ilmu, kita akan beramal dan mempraktikkan agama dalam kehidupan harian. Mana mungkin kita beramal tanpa ilmu. Sebelum saya pulang, beliau pegang saya lagi dengan kuat dan berkata, “Aku wasiatkan kamu supaya melazimi manhaj Salaf.”

Ini yang diwasiatkan oleh Syaikh Rabi’ ibn Hadi Al-Madkhali. Ini wasiat turun temurun sejak zaman Nabi SAW. Dalam hadis tadi juga Nabi menyatakan perkara sama “Hendaklah kamu melazimi sunnahku dan Sunnah Khulafa Al-Rasyidin”, bererti Nabi mewasiatkan kepada kita berpegang teguh dengan manhaj Salaf, merujuk tiga generasi pertama Islam; iaitu Nabi dan para sahabat, generasi selepasnya (Tabi’in) dan generasi selepasnya yang mengikuti mereka dengan baik.

Disiarkan di akhbar pada Ahad, 29 September 2013

Advertisements
3 Komen
  1. anwar ahmad permalink

    barakallahu feekum….insyaAllah ….berpegang terus dgn manhaj Salafi….doakan saya ya Ustaz

  2. Taqwa kata kuncinya…

  3. Alhamduillah. Sangat memerlukan nasihat ini tikala binggung dengan kemelut isu pengguna nama Allah. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: