Skip to content

NAMA ALLAH DILETAK PADA TEMPAT YANG LAYAK BAGINYA

November 18, 2013

Dr. Fathul Bari Mat Jahya

ALLAHIslam adalah agama untuk semua manusia. Firman ALLAH SWT, “Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di Akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali Imran: 85)

Al-Quran merupakan kitab panduan untuk seluruh manusia, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi sebelumnya. Ini berdasarkan firman ALLAH, “Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab yang diturunkan (kepada Rasul) sebelumnya dan menjaganya.” (Al-Maidah: 48)

Namun benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ‘kalimah ALLAH untuk semua’ ? Mereka berdalilkan firman Allah, “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (kaum musyrikin Jahiliyah) siapakah yang telah mencipta langit dan bumi mereka akan berkata Allah.” (Luqman: 25)

Di sini perlu difahami bahawa masyarakat Arab Jahiliyah dulu masih mengenali Allah sesuai dengan RububiyahNYA; mereka percaya Allah adalah Pencipta seluruh alam, Pengatur dan Pentadbir serta Pemberi rezeki dan yang menurunkan hujan.

Yang menjadikan mereka tidak beriman adalah kerana menolak tauhid Uluhiyah; yakni menyekutukan Allah dalam ibadah, disamping mereka meminta pada Allah mereka turut menyeru dan bergantung pada selain Allah. Mereka juga enggan bersaksi kerasulan Muhammad SAW.

Pemahaman masyarakat Kristian hari ini tidak meletakkan maksud kalimah Allah pada tempat yang benar, malah meletakkannya pada kedudukan makhluk. Mereka tidak beriman pada Tauhid Rububiyah, jauh sekali pada Uluhiyah dan Asma wa SifatNYA.

Tujuan mereka menginginkan kalimah itu bukan untuk mengagungkan ALLAH dan meletakkan ALLAH pada tempat yang layak bagiNYA. Kita tidak boleh setuju kerana wujud kebarangkalian Nama yang suci disalah guna dan diletakkan pada tempat yang tidak layak bagi ALLAH; seperti pada patung, diletak atau dibawa pada tempat-tempat tidak sepatutnya, dan sebagainya.

Pemimpin harus bijaksana untuk menyekat keburukan dari terus berkembang. Dalam Islam ada kaedah yang dinamakan ‘Saddu Li Al-Zari’ah’ iaitu menutup jalan-jalan yang membawa kepada kemungkaran. Kaedah ini harus diaplikasikan ketika membincangkan isu ini.

Usah lihat negara luar tetapi lihat realiti masyarakat kita. Berapa peratus umat Islam yang menghafal Al-Quran atau sekurang-kurangnya boleh membezakan satu ayat itu dari Al-Quran atau bukan? Kita perlu muhasabah dan insaf akan keadaan masyarakat Islam di negara ini;kejahilan masih berleluasa, masyarakat masih mudah terpengaruh dengan suatu yang tidak ada dalam AlQuran mahupun Hadis, percaya pada khurafat, syirik dan sebagainya. Kita juga harus akui bahawa Al-Quran masih asing di kalangan ramai masyarakat Islam, jauh sekali ia dihafal dan difahami isinya.

Ada pula yang membandingkan dengan Sabah Sarawak yang telah menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka. Kaedah dalam Syariat menyebut ‘Apa yang tidak dapat dilakukan secara keseluruhan, jangan ditinggalkan semuanya’.

Kita mungkin tidak boleh mengubah keadaan di sana kerana mengira faktor sensitiviti mengenangkan majoriti di Sabah Sarawak beragama Kristian dan mereka telah lama menggunakannya. Berbeza di Semenanjung, penganut Kristian bukan majoriti. Bahkan hampir semua Kristian berbangsa Cina, India atau lain-lain.

Mereka tidak memerlukan Bible Melayu. Membenarkan ia digunakan tanpa sekatan akan membawa sekurang-kurangnya dua kerosakan, iaitu Kristianisasi dan Pluralisme.

Kalau pun masyarakat Islam Malaysia sudah cerdik dan tidak akan menerima Kristian disebabkan isu ini, masih ada kebarangkalian besar ramai umat Islam akhirnya menganggap semua agama sama dan baik kerana sama-sama percaya kepada ALLAH. Ini adalah pluralisme agama, menyetarakan Islam dengan agama lain, dan ini adalah kekufuran.

Doktrin pluralisme disebarkan ke serata dunia bahkan telah masuk dan berkembang di Malaysia melalui pelbagai medium tanpa kita sedar. Kalau kita dengar ucapan seperti “Semua agama sama, semua agama mengajar kebaikan”, “kita tak boleh kata agama kita saja betul”, berhati-hatilah. Jangan sampai kita mengiyakan juga.

Jika dibandingkan kerosakan fizikal dan kerosakan akidah, semestinya kerosakan akidah dan pemikiran lebih serius dan perlu ditutup segala jalan yang mengarah kepadanya. Langkah menyekat adalah keputusan tepat untuk mengelak kerosakan akidah kaum Muslimin di negara ini secara khususnya.

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Ahad, 17/11/2013

DSC_0362

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: