Lompat ke isi kandungan

Profil

Nama : Fathul Bari bin Mat Jahya

Kuniyah : Abu Islam

Asal : Perlis

Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda (Hadis), Universiti Islam Madinah
  • Ijazah (Hadis), Universiti Yarmouk, Jordan
  • Phd (Hadis), Universiti Islam Antarabangsa

Ketika menuntut di Madinah, beliau berguru dengan banyak ulama’ ahlus sunnah yang terkemuka pada zaman ini. Antaranya adalah sarjana hadis Kota Madinah iaitu

  • Syeikh Abdul Muhsin bin Hammad al-’Abbad al-Badr,
  • Syaikh Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili dan
  • Syaikh Dr. Abdullah Al Bukhari.

Manakala semasa di Jordan beliau sempat menghadiri majlis ilmu dan bertalaqi dengan ulama’ dan masyaikh anak murid Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah, seorang pakar hadis terulung abad ini. Antaranya

  • Syaikh Ali Hasan al-Halabi,
  • Syaikh Salim bin Ied al-Hilaly,
  • Shaikh Muhammad Musa Nasr dalam bidang hadis,
  • Syaikh Mansyur bin Hasan bin Mahmud bin Salman dalam bidang fiqh.

Selain mendalami ilmu tafsir al-Qur’an bil mathur, beliau juga berkesempatan mengkaji Tafsir Al-Kasyaf yang ditulis oleh Zamakhsyari, seorang ulama’ mazhab Mu’tazilah. Pengajian itu setelah mendapat nasihat, pandangan dan izin dari beberapa ulama’ Ahlus Sunnah yang lain.

Seminar/ Majlis Ilmu

  • Dalam Negara
  1. Wacana Perdana : PRU 13 Masa Depan Islam, Kelantan (2012)
  2. Seminar Gerakan Terorisma, Takfir & Jihad, Memorial Tun Hussein On, Kuala Lumpur (2011)
  3. Dauroh Kutub Sittah (kitab hadis yang enam), Perlis (2010)
  4. Jalinkan Hubungan Leraikan Pertelingkahan, Seminar Siapakah Ahlu Al-Sunnah wa Al-Jamaah (ASWJ)… Antara Gelaran dan Realiti, Perlis (2009)
  • Luar Negara
  1. Siri Jelajah Australia (Jun 2012)
  2. Siri Jelajah Qatar & Oman, Memahami Al-Manhaj Al-Islami Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah (Mac 2012)
  3. Dauroh Islam Ilmiyyah, Auditorium Hang Islamic Centre Batam (Dis 2011)

Karier

  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU)
  • Moderator rancangan Hello Malaysia, Bernama TV
  • pernah menjadi penasihat agama Institut Jantung Negara
Page rasmi Ilmuan Muda Malaysia http://ilmuanmalaysia.com/
Untuk jemputan seminar, forum, kolokium, simposium, ceramah agama & konsultasi sila hubungi. Protaz Management & Consultancy: 019-2777990 (Azman)
blog ini dikendalikan oleh : Biro Multimedia & Penerbitan iLMU
27 Komen
  1. matahari permalink

    salam ustaz, kuniyah ini bermaksud nama pena or something…sorry ustaz saya agak jahil dalam hal ini

    • Salam uztaz.Saya amat teruja dan terpesonan dengan hujah us.mengenai hudud dalam utube baru-baru ni.Saya cadangkan us.sediakan dalam bentuk cd dan jual (dengan harga sederhana) supaya orang-orang pas yang melaung-laung tak tentu arah tu faham.

  2. banyak mana sekalipun al-quran n hadis dberitahu itu bagus jika tidak diamalkan ia mrugikan…saya bke nk ngajar ustaz saya cuma nk ber kongsi ilmu jika salah tlong bagitau

  3. Assalamualaikum Ustaz..Mohon Izin saya nak link kan blog ust ni ke blog saya..boleh?

  4. Abdul Raof permalink

    Assalammualaikum Ustaz. Saya nak menjemput ustaz datang berceramah di tempat saya pada pada 3hb atau 10hb Nov 2012. jam 10 – 12 tgh. Boleh ke ustaz?

    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh, sila berhubung dengan PA – En. Azman 0192777990 untuk sebarang panggilan ceramah. -admin

  5. BJ Hisham permalink

    Salam Ustaz FBMJ !

    Apa Khabar ? Bila nak buat ceramah di Bandar Baru Bangi ! Saya nak minta Ustaz beri huraian mengenai hukum pakai tudung dan burqa ? Mungkin Ustaz boleh mengulas tulisan Saudara Astora Jabat sebelum ini.

  6. Kembara permalink

    Saya dah lama dah mencari guru seperti UFB dan rakan seangkatanya. Dulu saya meminati penceramah yang boleh menghiburkan pendengar seperti menyanyi dan membuat lawak. Lama kelamaan saya merasakan seperti kosong dan membuang masa.

    Akhirnya baru saya tahu bagaimana prinsip mencari guru seperti UFB selalu jelaskan dalam ceramahnya.

    Semoga Allah memberi kemudahan untuk UFB dan rakan2 dalam berdakwah.

  7. nua permalink

    saya pun mula meminati ustaz ini…penjelasan dan hujahnya penuh dgn ilmu tidaklah asyik nk tergelak sana gelak sini.

  8. yrbestme permalink

    jalan perjuangan islam ustaz pilih nie salah ustaz, sangat salah.

  9. Khairul Ikhwan permalink

    askm ustaz, saya ingin bertanya tentang hal kahwin iaitu nikah, saya cuba untuk contact ustaz, tapi tak tahu untuk reach ustaz, soalan saya, ialah, bagaimanakah cara berkahwin secara sunnah, adakah wang hantaran merupakan satu adat.

  10. OghgPenang permalink

    salam..tahniah ust..teruskan usaha membongkar agenda DAP yg anti Islam (secara hakikinya walaupun nampak baik zahirnya)..berjuang kerana Allah

  11. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

    akhi mohon agar di tubuhkan satu radio dakwah di semenanjung dan sabah sarawak untuk melebarkan lagi dakwah dakwah agar saudara saudara kita yang lain dapat megenali lagi apa itu salaf..

    ana cukup tetarik di indonesia dakwah radio mereka di terima baik oleh warga singapura dan indonesia serta johor bahru seperti radio hang dan rodja…
    insyallah ana mohon kerajaan dapat menubuhkan satu radio dakwah..

    Barakallahu fiikum.

  12. Boleh sy ambil tulisan ustaz dan copy paste di blog saya.. Tujuaan sy utk perkongsian dgn meluas.. Harap kebenaran dan keizinan amat di nanti2 kan..

  13. ummu h permalink

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, apakah email ustaz? saya ada soalan.

  14. Lisa Dean permalink

    Salam Ustaz…saya sangat sangat bersyukur kerana dapat membaca blog ustaz yang di dalam nya terdapat pelbagai ilmu dan jawapan kepada beberapa persoalan terjawab dengan begitu cantik dan menarik berlandaskan hadis dan quran.

    Saya sangat sangat berharap Ustaz dapat memperbetulkan aqidah umat Islam Malaysia yang sudah jauh tersimpang dari ajaran Islam terutamanya mereka yang menyokong PAS.

    PAS telah membuat banyak kenyataan yang mengelirukan umat Islam di Malaysia…saya harap ramai lagi yang akan membaca blog ustaz dan jugak blog ibnnajib yang di dalam nya terdapat pelbagai huraian dan hujah tentang agama Islam.

    Saya juga sangat berharap agar ustaz dapat mendampingi golongan muda yang terpengaruh dengan dakyah politik PKR dan PAS.

    Sokongan dan kerjasama PAS PKR dgn DAP telah banyak mengugat Islam di Malaysia sebagai agama rasmi dan juga hak keistimewaan orang orang melayu.

    Sekian. Salam.

  15. kay raffi permalink

    Assalaulaikum ustaz, mcm mana saya hendak mengikuti kuliah-kuliah ustaz secara live,adakah terdapat jadual-jadual kuliah ustaz,jika ada tolong share..untuk saya mengetahui tarikh-tarikhnya…

  16. kucinghomecat permalink

    ustaz fathul bari, dr maza dan lainnya merupakan antara rujukan penting saya dalam manhaj aqidah. sy menyokong semua usaha mereka dalam memerangi amalan bid’ah yg disunnahkan, dan menjernihkan amalan sunnah.
    Namun sebagai manusia biasa, saya kurang bersetuju dengan pendapatnya tentang demonstrasi aman yg diharamkan beliau…. perbincangannya terlalu panjang namun tidak mengapa…
    Semoga Allah berikan beliau umur dan masa yg panjang menjadi tunggak dakwah salafiah di negara ini.

  17. Salam pergenalan ustaz.. Nama saya jalalboy tertarik dengan cara penyebaran ustaz melalui alam maya. Saya juga menyampiakan dakwah melalui alam maya melalui laman Web http://jalalboy.blogspot.com/.. Harap jika ada salah silap dapat ustaz perbetulkan. http://jalalboy.blogspot.com/2012/01/salam-pergenalan.html

  18. Nor Iza permalink

    Bagaimana dengan simpanan di tabung haji dan perolehannya

  19. harith permalink

    Assalamualaikum ustaz..terima kasih ustaz atas bnyk ilmu yg ustaz bagi utk dimanfaatkan bersama.. Manfaat yang begitu bagus dan pengisian yang mantap.. Ustaz saya nak tanya..

    bagaimana kalau kita sebagai umat islam.. tetapi masih menerima hukum yg bukan datang dari islam.. jdi apa nilaian kita sebagai umat islam di sisi Allah ye?

    sbb Allah ada berfirman dlm surah al baqarah ayat 208.

    “hai org2 yang beriman, masuklah kamu ke dalam ISLAM SECARA KESELURUHAN dan jgnlah kamu TURUTI LANGKAH2 SYAITAN. sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”

    jdi bagaimana ye ustaz? sbb bila kita sebagai islam tpi masih duduk dibwh hukum yg bukan islam. Adakah kita nih islam? Atau kita hanya bersangka2 sahaja ye sbb dlm surah Al Anaam ayat 116 Allah ada berfirman

    “Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang2 yg dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dri jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”.. Jdi saya nak minta pendapat ustaz dlm perkara nih ttg status kita sebagai umat Islam.. Harap Ustaz dpt memberikan jawapan… Terima kasih..

  20. Jurutera Kampung permalink

    Teruskan menyampaikan kebenaran berdasarkan Al Quran dan Sunnah mengikut fahaman salafus soleh. Tentangan dari dalam dan luar sudah menjadi lumrah dan asam garam dalam berdakwah. Adakalanya tentangan membuatkan seseorang bertambah matang dan dahaga untuk mendulangi ilmu yang sahih.

    Semuga tetap istaqamah dalam memperjuangkan sunnah.

    Wassalam

  21. Freelancer permalink

    Salam,
    Saya banyak mengikuti ceramah2 dan tulisan2 Ustaz Fathul Bari. Saya dapati penyampaian yg disampaikan ustaz mempunyai fakta2 yg jelas dan sememangnya berdasarkan alQuran dan Sunnah. Saya tahu blog ini tidak dikendalikan secara langsung oleh ustaz, tapi saya harap admin dapat maklumkan kepada ustaz yg beliau berada di pihak yg benar dan harap beliau dapat terus menyokong dasar2 kerajaan dan terus menjadi seorg ilmuan agama yg pro kerajaan. Dalam isu perang Israel-Palestine yg pernah Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Idris Sulaiman ulas sebelum ini, ustaz ada perincikan bagaimana Hamas dan Fatah masih berpecah, akidah muslim Palestin masih lemah, maksiat masih berleluasa di palestine dan lain2 telah dikecam hebat oleh pro pembangkang, Sy ingin tegaskan idea yg ustaz ketengahkan tentang rakyat Palestin sepatutnya berhijrah dan tiada jihad offensive di palestine, sememangnya realistik dari sudut diplomasi. Tiada apa yg salah mengenai apa yg ustaz katakan.

    Ustaz Maza dan Ustaz Azhar Idrus sebelum ini mengatakan pemikiran ustaz telah terpesong, sedangkan mereka sendiri tidak melihat dari semua aspek. Pemimpin Palestine seperti Mahmoud Abbas dan Khaled Mesyal sepatutnya telah lama menyelasaikan konflik ini kerana begitu banyak cara diplomasi yg boleh digunakan, seperti menerima cadangan one-state solution, two-state solution, mencari pelindungan yg disediakan oleh Unicef, UN, political asylum di negara2 arab, memohon pemberian wilayah autonomi untuk warga palestin yg mencari perlindungan dan lain2 tanpa perlu mengorbankan seorang pun rakyat palestine. Sekali lagi saya harapkan Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Idris Sulaiman terus menyokong dasar2 kerajan yg selama ini menggunakan penyelesaian demokrasi dan diplomasi, bukan seperti pihak pembangkang yg tidak berfakta, tidak berilmiah dan tidak bertamadun. Sekian.

    • Freelancer permalink

      Sedikit tambahan drpd komen saya di atas, saya harap ustaz dapat bagi pandangan mengenai aktiviti Hamas yg berkompromi dgn Syiah Iran untuk menahan dan membalas serangan Israel. Syiah diketahui umum menolak peranan para sahabat dan sunnah Rasulullah. Menteri Luar Iran Javad Zarif sendiri mengaku melatih, memberi bantuan kewangan dan membekal senjata kepada Hamas. Pemimpin2 Hamas sendiri begitu menyanjungi sumbangan daripada Syiah2 ini. Selain itu negara kita Malaysia diketahui antara yg paling banyak memberi sumbangan kewangan untuk bantuan kemanusiaan Palestine. Ini tidak menjadi masalah kerana kita wajib menolong saudara2 muslim kita di sana. Tapi ia menjadi isu apabila terdapat banyak laporan yg menunjukkan sumbangan kewangan yg diberi, Hamas gunakan untuk membina terowong2 bawah tanah dalam strategi mereka menyerang balas ke Israel. Statistik laporan2 tersebut menyatakan hampir 360 buah terowong bawah tanah telah dibina menghubungkan Palestin ke Israel, yg mana setiap satu terowong dgn jarak sekurang2nya 2km bernilai USD1juta. Saya sebagai umat Islam Malaysia tidak kisah bantuan perubatan, makanan dan lain2 ditambahkan ke sana, tetapi cara Hamas menggunakan bantuan kewangan dari saudara2 Islam seluruh dunia menimbulkan banyak persoalan.

      Saya tidak harapkan ustaz memberi ulasan penuh di ruang komen ini, cuma kalau boleh ustaz fathul bari dan ustaz idris sulaiman dapat memberikan ceramah dengan perincian yg penuh dan jelas dan dapat dimuatnaik di internet. Saya sangat menghormati kredibiliti ustaz berdua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: