Lompat ke isi kandungan

Berselisih jangan sampai berpecah

September 24, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Kita perlu mengambil faedah ataupun nasihat daripada Nabi SAW ketika baginda menceritakan tentang tanda-tanda kiamat. Antara bukti tanda-tanda kiamat, kata Nabi SAW,

إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ الْهَرْجَ. قَالُوا: وَمَا الْهَرْجُ؟ قَالَ الْقَتْلُ. قَالُوا أَكْثَرُ مِمَّا نَقْتُلُ، إِنَّا لَنَقْتُلُ الْعَامِ الْوَاحِدِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ أَلْفًا. قَالَ: إِنَّهُ لَيْسَ بِقَتْلِكُمُ الْمُشْـرِكِينَ، وَلَكِنْ قَتْلُ بَعْضِكُمْ بَعْضًا. قَالُوا: وَمَعَنَا عُقُولُنَا يَوْمَئِذٍ. قَالَ: إِنَّهُ لَتُنْزَعُ عُقُولُ أَهْلِ ذَلِكَ الزَّمَانِ، وَيُخَلَّفُ لَهُ هَبَاءٌ مِنَ النَّاسِ، يَحْسِبُ أَكْثَرُهُمْ أَنَّهُمْ عَلَى شَيْءٍ وَلَيْسُوا عَلَى شَيْءٍ

“Sesungguhnya menjelang terjadinya Kiamat akan ada al-harju.” Para Sahabat bertanya, “Apakah al-harju itu?” Baginda menjawab, “Pembunuhan.” Mereka berkata, “Lebih banyak daripada pembunuhan yang kita lakukan, sesungguhnya kita membunuh lebih dari tujuh ribu dalam satu tahun.” Beliau berkata, “Hal itu bukanlah pembunuhan yang kalian lakukan terhadap kaum musyrikin, akan tetapi pembunuhan sebahagian dari kalian dengan yang lainnya.” Mereka berkata, “Bukankah kami memiliki akal saat itu,” beliau menjawab, “Sesungguhnya akan dicabut akal-akal penduduk zaman itu dan digantikan dengan manusia-manusia yang tidak berguna (seperti habuk). Kebanyakan dari mereka mengira bahawa mereka berada di atas kebenaran, padahal mereka tidak berada di atas kebenaran.” (Musnad Imam Ahmad)

Nabi menceritakan apabila manusia sedemikian rupa, pembunuhan-pembunuhan akan berlaku. Nabi bercakap tentang pembunuhan. Tetapi sebelum berlaku pembunuhan, pasti berlaku perpecahan terlebih dahulu. Sebelum perpecahan pasti berlaku perselisihan.

Sekarang ini kita berselisih; berselisih pandangan, isu agama, isu politik, namun ada setengah orang yang tidak pandai mengurus perselisihan ini. apabila ada orang berselisih dengannya, dia mengatakan orang yang berselisih dengannya itu kafir, sesat, tidak betul, tolak Islam dan dilemparkan persepsi-persepsi yang seperti ini.

Sewajarnya jika berbeza pendapat, kita berbeza dengan cara yang professional, jangan bawa masuk Tuhan ke dalam parti politik. Contoh bawa masuk Tuhan seperti; undi Umno masuk syurga. Saya tidak bersetuju. Seperti mana juga apabila dikatakan undi Pas masuk syurga. Saya juga tidak setuju. Perbuatan seperti ini adalah perbuatan menjual agama.

Sewajarnya kita bertanding dengan sifat professional; siapa yang mampu memberikan kesejahteraan, mengurus tadbir negara dengan baik kepada rakyat Malaysia. Sekiranya Umno yang terbaik pilih Umno dan Barisan Nasional. Sekiranya Pas dan Pakatan Rakyat yang terbaik pilih mereka, berdasarkan kemampuan dan cara urus tadbir masing-masing. Bukan dengan cara menjual agama untuk kepentingan politik.

Perselisihan yang tidak dibendung akhirnya akan membawa kepada perpecahan. Kita perlu faham bahawasanya semua perpecahan terhasil daripada perselisihan, namun bukan semua perselisihan membawa kepada perpecahan. Ia bergantung kepada kepandaian kita mengurus perselisihan itu.

Contoh, saya memakai lebai dan ustaz lain memakai songkok. Kalau saya tidak pandai mengurus perselisihan, saya akan kata apalah ustaz itu pakai songkok, pakai lebai lebih baik. Itu jika saya tidak pandai mengurus perselisihan. Ada yang memakai baju melayu, memakai jubbah, memakai telekung dan memakai tudung, orang menuduh orang lain tidak elok, hanya dirinya sahaja yang elok, orang seperti ini tidak pandai mengurus perselisihan yang akhirnya membawa kepada perpecahan.

Daripada perpecahan itulah akan berlakunya al-harju. Ini semua yang kita bimbangi. Maka saya menyeru sekali lagi, agar kita sama-sama kembali kepada firman Allah SWT,

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ

“Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hati kamu.” (surah Ali Imran, 3: 103)

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=iFn1UVrvzzI&feature=plcp

From → Adab & Akhlak

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: