Lompat ke isi kandungan

PENGERTIAN WASATHIYAH

April 28, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

15116_10151889719583327_1295294409_n (1)Di merata tempat orang bercakap tentang wasathiyah. Namun adakah kita memahami konsep wasathiyah dari perspektif Islam. Bagaimana Islam melihat wasathiyah itu. Adakah wasathiyah itu bermaksud tengah-tengah, atau adakah wasathiyah itu bermaksud sederhana, atau pelbagai lagi terjemahannya.

Di dalam Al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang wasathiyah,

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ

“Dan demikianlah Kami telah menjadikan kamu semua, umat yang ‘wasatha’ agar kamu menjadi saksi atas sekalian manusia.” (Surah Al-Baqarah, 2: 143)

Para ulama membahaskan pengertian wasathiyah dalam ayat ini. Antaranya mereka mengambil manfaat daripada tafsiran Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri terhadap wasathiyah. Apabila Nabi menterjemah perkataan “wasatha”, sabda Baginda di dalam hadis riwayat Al-Bukhari mengatakan bahawa “wasath itu adalah adil”.

Apabila Nabi mengatakan bahawa wasathiyah itu maksudnya adil, para ahli ilmu membahaskan apa yang dimaksudkan dengan adil.

Adil mempunyai banyak makna, antara yang boleh saya kongsikan di sini,

إيتاء ذي حق حقه

“Memberikan hak kepada orang yang berhak.”

Orang Melayu ada haknya, maka kita tunaikan hak mereka. Orang Cina dan orang India ada hak mereka, maka kita tunaikan hak mereka. Orang Islam ada haknya, kita tunaikan hak orang Islam. Rakyat ada hak, kita tunaikan hak rakyat. Pemimpin juga ada haknya, maka kita tunaikan hak pemimpin. Itu baru dinamakan adil.

Maksud adil yang lain menurut para ulama,

وضع الشيء في موضعه

“Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya”

Kita ambil contoh mudah, kalau kita beli baju melayu untuk anak lelaki, takkanlah kita beli baju melayu juga untuk anak perempuan. Kalau kita belikan kopiah untuk anak lelaki, takkanlah kita belikan yang sama untuk anak perempuan. Itu tidak adil, itu zalim sebab kita tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Sebab itu adil tidak boleh diterjemah sebagai sama rata, saksama, atau sama banyak. Jadi apabila dikatakan wasathiyah, Nabi mengatakan ianya adalah adil, iaitu memberikan hak kepada orang yang berhak ataupun meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Maka apabila kita menunaikan hak kepada orang yang berhak dan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, para ulama mengatakan bahawa pada ketika itu tindakan kita adalah tindakan yang baik dan terpilih.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Advertisement
Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: