Lompat ke isi kandungan

Dihukum kerana angkat isyarat lucah: Saya tidak kasihan kepada kebiadabannya – UFB

Februari 28, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

angkat isyarat lucahSoalan: Apakah komen Ustaz berhubung kes seorang lelaki Cina yang dipenjarakan sebulan dan denda RM8000 berikutan tindakan beliau mengangkat isyarat lucah kepada Permaisuri Agong. Isu di sini, tidak pernah berlaku kepada institusi Sultan yang selama ini kita sanjung selaku institusi yang mengawal agama. Tetapi setelah 50 tahun, perkara ini berlaku. Di manakah kegagalan sehingga berlaku isu yang seperti ini.

Jawapan:

Jika kita kembali kepada sejarah kemerdekaan negara kita, kita akan dapati bahawa antara penyebab utama kepada kemerdekaan dan yang membantu kemerdekaan negara kita adalah Institusi Raja-raja. Perlembagaan terbentuk hasil susulan daripada persetujuannya.

Institusi Raja di negara kita adalah di tempat tertinggi yang menjaga hal ehwal agama di dalam negara secara khususnya, dan turut menjaga hak-hak Melayu.

Selama puluhan tahun ini, Institusi Raja tidak pernah diusik. Tetapi seperti yang kita dapat lihat, politik baru yang dibawa pada hari ini adalah politik membenci.

Mereka sengaja membuat agar masyarakat membenci; benci kepada pemimpin, benci kepada polis, benci kepada agensi kerajaan, benci kepada SPR, benci kepada SPRM, benci kepada imigresen, kastam, dan benci kepada semua agensi-agensi kerajaan. Dan yang terakhir pada hari ini mereka hendak membuat supaya orang membenci kepada Institusi Raja.

Apabila rakyat benci kepada Institusi Raja, apabila hilang hormat kepada Institusi Raja, apakah lagi institusi yang hendak mempertahankan agama kita?

Mereka mula bangkit dengan seorang. Menunjuk isyarat lucah kepada Permaisuri Agong.

Saya kasihan kepada orang yang seperti ini, tetapi saya tidak kasihan kepada kebiadabannya. Kerana kebiadabannya wajar diajar dan dididik.

Seharusnya kita memberikan penghormatan kepada Institusi Raja di mana di negara kita pada hari ini, di dalam membuat keputusan dalam apa-apa isu yang berlaku, kita akhirnya akan merujuk kepada Raja-raja Melayu.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=z0xhqWDj2vA

From → Adab & Akhlak

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: