Lompat ke isi kandungan

Mana lebih jijik; orang yang ‘straight’ tetapi membawa awek ke hulu ke hilir dengan gay/lesbian yang tahan nafsu dan pergaulan?

Mac 22, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

nature_leaves_wet_stones_water_drops_selective_coloring_1920x1200_wallpaper_Wallpaper_2560x1600_www.wallpaperhi.comSoalan: Bagaimana dengan golongan gay dan lesbian yang diberikan naluri ke arah sesama jantina, tetapi tidak pernah melakukan zina sesama jantina malah tidak pernah mendekatinya. Adakah mereka dikira berdosa juga dan wajib kita benci. Mana lebih jijik; orang yang straight tetapi terang-terang membawa awek ke hulu ke hilir sampai beranak dalam tandas dengan gay dan lesbian yang tahan nafsu dan pergaulan sesama jantina setiap hari?

Jawapan:

Isu sesama bukan mahram; lelaki dan perempuan keluar bersama, hukumnya haram di dalam Islam. Isu kewujudan perasaan dan naluri kepada sesama jantina juga haram di dalam Islam. Kedua-duanya sama sahaja di dalam Islam.

Walaupun tidak pernah keluar sekali, tidak pernah tidur sekali, tidak pernah berhubungan, namun bagaimana perasaan itu boleh wujud?

Perasaan ini tidak boleh diwujudkan. Perasaan ini perlu dihapuskan, perlu ada usaha untuk menghapuskannya. Kita tidak boleh memberikan alasan bahawasanya naluri kami telah diarahkan oleh Tuhan. Jawapan ini sangat salah sebenarnya.

Mengapa jika kita pergi ke kedai untuk membeli kasut, kita memilih jenama yang kita inginkan. “Saya suka Nike, saya suka Adidas, saya suka LV, saya suka Gucci.” Mengapa kita pergi ke kedai dan kita memilih? Mengapa kita tidak tunggu dan terima sahaja ia datang? Mengapa apabila kita sakit, kita pergi ke hospital? Mengapa kita tidak tunggu sahaja ianya baik dengan alasan penyakit itu Allah yang bagi?

Kita memilih macam-macam pilihan dalam kehidupan kita. Mengapa di dalam isu ini kita tidak mahu memilih? Sedangkan kebenaran sudah ada di depan mata kita. Walaupun mungkin ada yang jahil, tetapi kebanyakan mereka telah tahu bahawa perkara ini haram di dalam Islam. Cuma kejahilan mereka adalah menganggap ianya adalah naluri yang diberikan oleh Allah.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: