Lompat ke isi kandungan

HUKUM UMRAH & MENUNAIKAN UMRAH BAGI PIHAK ORANG LAIN

Jun 14, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

20981_10151889021243327_1133101403_nSoalan: Selepas kita buat umrah untuk diri kita bolehkah kita membuat umrah untuk ibu bapa, nenek, ataupun orang lain yang telah meninggal sekiranya mereka masih belum menunaikan umrah.

Jawapan:

Umrah ini diperselihi hukumnya. Allah menyatakan di dalam Al-Quran,

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

“Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah.” (Surah Al-Baqarah: 196)

Wujud di kalangan ahli ilmu seperti yang dinukilkan oleh Syeikh Basyanqar dalam kitabnya Al-Mughni fi Fiqhil Hajji wal Umrah yang telah membahaskan tentang keempat-empat mazhab tentang hukum umrah.

Beliau menyebut dalam mazhab Hanbali secara khasnya menyatakan bahawa Umrah merupakan satu ibadat yang wajib ditunaikan, berdasarkan hadis “Umrah telah masuk dalam ibadah haji selama-lamanya.”

Jadi kita boleh tunaikan sekiranya mereka belum menunaikan haji atau belum menunaikan umrah, atau mereka hanya buat haji ifrad sahaja tetapi tidak membuat umrah, maka kita tunaikan untuk mereka umrah.

Tetapi kalau mereka telah buat, maka tidak perlu kita tunaikan lagi untuk mereka.

Wallahu a’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

One Comment
  1. ZINJAMAL permalink

    TERUS TERANG SAYA KATAKAN..PADA PENDAPAT SAYA AGAMA ISLAM YG ADA SEKARANG SEMACAM HAMPAS SAHAJA TIADA ISI.KOSONG HAMBAR.

    AWALUDDINMAKRIFATULLAH TIADA LANGSUNG..APA NI..INI KE ?

Tinggalkan Jawapan kepada ZINJAMAL Batal balasan