Skip to content

Bagaimana berinteraksi dengan fatwa?

April 26, 2012

Abu Islam Fathul Bari, CEO iLMU

Asasnya kita buka Kitab Adabu Mufti wal Mustafti (Adab orang yang mengeluarkan fatwa dan adab orang yang meminta fatwa).

Fatwa ini bergantung kepada mufti di mana dia bertanggungjawab bagi setiap Negara dan orang-orang yang mengikuti fatwa tersebut. Mereka ini tidak boleh dikategorikan orang-orang yang salah dengan syarat orang tersebut ialah orang awam yang tidak mempunyai ilmu. Akan tetapi jika dia mempunyai ilmu bahawa dia mengetahui wujudnya pendapat dan pandangan yang lebih tepat dari sudut nas, pendalilan dan penghujahan. Maka dia wajib meniggalkan fatwa tersebut.

Oleh kerana itu, Syeikh Muhammad Omar Bazmul membahaskan beberapa kategori jenis-jenis manusia dalam beragama.

Taqlid

Pertama sekali beliau membahaskan tentang golongan pentaklid. Beliau berkata golongan pentaqlid ini ialah golongan yang taklid iaitu mengikut secara membabi-buta. Seperti kata Al-Imam Abu Ja’afar At- Tahawi, “ tidaklah bertaklid itu kecuali orang yang buta lagi bodoh”.

Muttabi’

Kategori kedua golongan-golongan muttabi’ ialah golongan yang mengikut, tetapi dengan asas. Kata beliau Syeikh Muhammad Omar Bazmul, ianya terbahagi kepada dua mengikut ada asas iaitu yang pertama dia menjadikan mazhab sebagai asas kemudian barulah dia mencari dalil yang sesuai dengan mazhab tersebut.

Contohnya beliau ialah mazhab Syafie, datang pula isu permasalahan tentang menyentuh wanita boleh menyebabkan terbatalnya wuduk atau pun tidak. Maka beliau mencari dalil dan menjumpai dalil tersebut kuat menyatakan menyentuh wanita dalam keadaan wuduk tidak menbatalkan wuduk tersebut. Jadi pada masa itu beliau mengikut dalil tersebut dan meninggalkan pendapat dalam mazhabnya. Inilah yang dikategorikan sebagai golongan muttabi’ iaitu mengikut berasaskan dalil.

Manakala pendapat yang ke-2, dia muttabi’ tetapi dia mencari dalil dahulu. Contohnya seperti menyentuh wanita dalam keadaan wuduk boleh membatalkan wuduk atau tidak. Dia akan mencari dalil dahulu dan dia mendapati dalil kuat menyatakan menyentuh wanita dalam keadaan wuduk tidak akan membatalkan wuduk tersebut. Maka pada ketika itu dia berpegang dengan kekuatan dalil. Inilah yang dipanggil golongan muttabi’ yang mengikut berasaskan dalil.

Mujathid

Ketagori yang ke-3 ialah mujtahid. Mujtahid mempunyai 2 iaitu mujtahid mutlaq dan mujtahid muqaiyad. Ianya mujtahid-mujtahid yang mempunyai autoriti berijtihad secara langsung daripada nas dengan disiplin ilmu-ilmu alat’ yang mereka kuasai. Khususnya ilmu-ilmu yang terkait dengan ilmu bahasa, ilmu I’rab, ilmu tentang Al-Quran, ilmu tentang usul fiqh dan sebagainya. Mujtahid muqaiyad ini masih berada dalam ruang lingkup mazhab-mazhab muktabar iaitu ianya masih lagi mengkaji setiap pendapat mazhab-mazhab yang ada serta membuat perbandingan dengan autoriti yang dia ada dan keluarlah pendapat dia sendiri.

Jadi apabila ada mufti di sesuatu tempat, asasnya tiada masalah bagi orang-orang awam yang ingin mengikuti mufti ini. Tetapi apabila mereka pergi ke tempat pengajian yang lain dan menjumpai dalil dan nas, maka mereka tidak lagi memiliki alasan untuk menolak dalil dan nas semata-mata hendak berpegang dengan pandangan mufti. Ini kerana Allah telah berfirman,

“Ciri-ciri perkataan orang-orang yang beriman apabila diseru mereka kepada Allah dan Rasul untuk menghukum dalam urusan-urusan mereka, mereka lantas berkata, kami dengar dan kami taat” (Surah an-Nur, ayat 51) 

Maka tidak boleh seseorang itu menolak dalil dan nas disebabkan ingin mengikut mufti kerana ianya perlu mendahulukan dalil dan nas. Oleh kerana itulah Islam menganjurkan kita menuntut ilmu kerana menuntut ilmu menjadikan kita berfikiran terbuka, mudah menerima, mudah menganalisa, mudah mengkritik dan dikritik. Kritik dalam erti kata yang beradap dan beretika.

Status fatwa yang dikeluarkan seperti tadi oleh ahli fatwa sesebuah Negara, ianya benar umumnya masyarakat awam tidak menjadi masalah mengikutinya tetapi bagi penuntut ilmu yang telah menganalisa dan mampu mengajar hendaklah ia mengikut berasaskan bukti dan dalil.

Green Village Club House, Doha, Qatar

09 Mac 2012

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan iLMU 

http://www.youtube.com/watch?v=1xvzJ3TSKLc

From → Ilmu & Fatwa

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: