Skip to content

Sokong Haram Cerita Hantu

Mei 14, 2012

Saya menyokong sepenuhnya Majlis Fatwa Kebangssan bahawa filem dan cerita tahyul ini dikaji semula. Bahkan diharamkan lebih baik.

Tidak dinafikan sebelum atau sesudah setiap filem atau cerita itu akan ada peringatan, “filem ini mengandungi unsur-unsur tahayul dan khurafat, namun hendaklah kita mengesakan Allah…”. Persoalannya, siapakah yang mahu menonton bahagian ini. Yang dinantikan penonton ialah babak hantu terbang, cara tok bomoh melawan hantu. Ini juga satu hal, adakah tok bomoh itu melawan hantu dengan cara yang syar’i dan sesuai dengan agama. Ini mereka bersilat sehingga rumah runtuh!

Oleh itu, banyak hal yang perlu dikaji dan diteliti semula. Ini bukan bererti kita mahu menyatakan siapa yang salah dan siapa yang masuk neraka. Kerana urusan menghukum masuk neraka atau masuk syurga ialah urusan Allah. Kita hanya mahu menyampaikan apa yang disampaikan oleh Allah dan apa yang agama kita jelaskan.

Meng’aurat’kan Pelakon

Begitu juga filem-filem yang ditayangkan hari ini sudah menjadi ‘trend’ meng’aurat’kan pelakon untuk menarik sambutan. Ada pelakon ketika diluar set lakonan tidak menutup aurat. Namun di dalam tv menutup aurat dan digambarkan sebagai wanita solehah. Ia seperti sudah menjadi trend untuk masuk dalam program tv tertentu dan dilihat sebagai Islami.

Nabi Adalah Suri Tauladan

Persoalan yang timbul ialah, adakah ini contoh suri tauladan yang mahu diikuti?

Adakah Nabi sengaja melakonkan kehidupan sehariannya untuk dijadikan teladan? Mengapa Allah menyuruh  kita menjadikan Nabi sebagai qudwah atau contoh?

Kerana itu adalah hakikat Nabi kita yang sebenar. Kita tidak bersandarkan kepada kepalsuan juga tidak kepada lakonan.

Berapa ramai orang yang menerima akidah ahlus sunnah dan menerima Islam kerana filem?

Mungkin ada, namun kita percaya jumlahnya sangat sedikit. Sebilangan besar orang yang masuk Islam adalah menurut cara-cara dakwah yang syar’ie yang telah diajar oleh Allah. 

Justeru sekali lagi saya memberi sokonga penuh kepada Majlis Fatwa untuk mengkaji dan meneliti semula. Dan kita cadangkan supaya pembikin-pembikin filem ini dikumpulkan dan satu sesi penjelasan diberikan tentang filem dari perspektif Islam.

Kita asyik kata mereka salah dan salah walaupun memang perbuatan tersebut tidak dinafikan salah. Namun apakah penjelasan kita kepada mereka. Ketika ini panggil Majlis Fatwa dan bentangkan kepada mereka mengapa perkara ini salah dan haram. Berikan kefahaman kepada mereka.

Apa yang terjadi ialah, mereka (pembikin filem) melihat dari sudut yang berbeza. Kata mereka, kami mahu dakwah. Buktinya mereka menampilkan watak jahat dan watak baik. Mereka juga menyatakan bahawa syirik itu salah dan sebagainya.

Tugas kita ialah memberi penjelasan. Itu adalah yang terbaik untuk mereka. Siapa yang terima, alhamdulillah. Sebaliknya siapa yang tidak mahu terima, setidak-tidaknya kita sudah menunaikan tanggungjawab kita.

Jangan kita beranggapan mereka sudah tahu, “takkan mereka tidak tahu lagi.” Mereka juga seperti kita. Masih banyak lagi perkara yang tidak kita ketahui. Adakah mereka sempat menghadirkan diri dalam majlis-majlis kuliah. Justeru mungkin mereka tahu dan mungkin juga mereka tidak tahu. Mungkin mereka dapat menonton di internet, mungkin juga tidak.

Jadi kadangkala kita senang menghukum. Namun awas, membaca/ memaklumkan hukum dengan menghukum individu/ kelompok secara ‘ta’yin’ (spesifik) adalah dua hal yang berbeza. Membaca hukum ialah menyampaikan kepada orang ramai tentang hukum-hukum agama. Ini wajib. Manakala menghukum orang secara spesifik, sifulan-sifulan berperangai begini, ini situasi lain. Kita tidak wajar bersikap demikian. Kita akan menyebabkan manusia makin jauh dan makin jauh dari agama.

Ini berdasarkan sebuah hadis nabi. Pada suatu hari Nabi berkata Aisyah, “Perangai sifulan ini sungguh teruk.” Tiba-tiba lelaki ini dating menemui Nabi, dan mendapat layanan yang baik. Selepas lelaki ini pulang, Aisyah dengan hairan bertanya, “Ya Rasulullah, mengapa tadi berkata buruk tentang dia, namun selepas lelaki itu dating kamu melayannya dengan baik?” Nabi jawab, “Sesungguhnya aku pasti akan memberi hadiah kepada seorang lelaki, sedangkan ada orang lain yang lebih aku sukai. kerana aku takut Allah campakkan ke dalam neraka.”

Inilah sikap kasih kita kepada saudara kita. Kerana kita kasihkan saudara kita itulah kita cadangkan ini. Jangan keluar fatwa terleih dahulu, sebaliknya berikan penjelasan, mengapa ini haram dan mengapa ini salah di sisi Islam. Ini penting kerana cerita hantu ini terbit silih-berganti.

Kuliah: Talbis Iblis, Al-Khadeem, Kayu Ara

Tarikh: 03/10/2011 – 9.00PM

Rakaman oleh Abu Aqif  Studio

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan iLMU

http://www.youtube.com/user/ufbchannel#p/u/11/cvhNKyBgKJY

 

Advertisements

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: